Alhamdulillah..sekali lagi dapatlah kita menikmati kenikmatan dunia,mengunakan segala nikmatNya.sebagai tanda kita masih lagi diberi peluang untuk mengubah diri dari negetif kepada positif,mungkin hari semalam amalan kita amat sedikit dan pada hari ini hendaklah kiranya kita menambah amalan2 kebaikan,menandakan terima kasih kita kepada Allah.Walau bagaimana pun Allah s.w.t. tetap menyayangi kita..pada hari ini saya ingin coretkan sedikit mengenai akhlak yang mulia.
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(H.R.Ahmad)
Maksud hadis: Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh berkata; bersabda rasulullah s.a.w., "orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya".
apa yang dapat kita rumuskan Akhlak ialah perbuatan, perkataan, dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan Al-Quran dan sunnah rasulullah. Hakikat ini bertepatan dengan tujuan Rasulullah diutuskan iaitu untuk membentuk akhlak manusia, berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah radiyallahu anh berkata; rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."
Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk senang melakukan sesuatu yang merugikan orang lain. Senang melakukan kekacauan, senang melakukan perbuatan yang tercela, yang akan membinasakan diri dan masyarakat seluruhnya. Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(H.R.Ahmad)
Matlamat menjadi insan yang mulia, dihormati oleh orang lain serta disegani memerlukan kematangan jiwa yang tinggi dan disokong pula oleh hubungan kerohanian yang mantap.Semua tuntutan akhlak mulia ini sudah cukup untuk mengubati hati yang berdengki, mendamaikan musuh yang berdendam malah dapat menjernihkan kekeruhan jiwa sesama insan. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Fussilat ayat 34 yang bermaksudnya:
Dan tidaklah sama ( kesannya dan hukumNya ) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) Dengan cara yang lebih baik dan apabila Engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi kelapangan kepada orang dengan harta bendamu, tetapi kamu dapat memberi kelapangan dengan muka berseri-seri dan budi pekerti yang baik." (Hadis riwayat Abu Ya’la)
Rasulullah bersabda : “Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak yang jahat pun boleh merosakkan amal, seperti cuka merosakkan manisnya madu.”