Al Insan: 2013-06-09

Sabtu, 15 Jun 2013

FAKTA TENTANG ASYAIRAH DAN MATURIDI YANG RAMAI TIDAK TAHU



Apa yg anda x tahu tentang asyairah maturidiyah..

1. Fahaman manhaj akidah Asyairah lahir di Baghdad manakala manhaj akidah Maturidi lahir di Samarkhand. Imam Hasan Asya'ri tidak pernah berjumpa dengan Imam Abu Mansur Maturidi dan begitulah sebaliknya.

2. Kedua-dua imam ini membawa satu konsep iaitu menentang fahaman Muktazilah.

3. Fahaman Sifat 20 bukan ajaran dari Mazhab Asyairah tulen atau mazhab Maturidi tulen.

4. Pengasas Mazhab 20 yang sebenarnya adalah Imam Sanusi dari Mesir, yang mencedok akidah Asyairah dan mencedok akidah Maturidi, dan menggabungkan dengan mengambil 13 konsep dari Asyairah serta 7 konsep dari Maturidi dan dijadikan sifat 20.

5. Asyairah dan Maturidi bersatu atas fahaman akidah yang sama, tapi bermusuhan dalam mazhab Fiqh, kerana Asyairah adalah Syafie manakala Maturidi adlaah Hanafi. Zaman itu, pertikaian Mazhab sangat kritikal.

6. Terdapat 70 perbezaan antara mazhab Asyairah dan Maturidi, namun tidak diperbesarkan.

7. Terasasnya fahaman Asyairah dan Maturidi hanya untuk membasmi fahaman Muktazilah, dengan menggunakan akal dalam menentang akal, bukan menjadi kewajipan semua umat Islam berpegang kepada manhaj ini. Manhaj rasmi akidah umat Islam adalah akidah salaf.

Hakikatnya terdapat banyak perbezaan antara aliran al-Asyari dan al-Maturidi.

No. 1
● al-Asyari terkenal dengan Asyairah berpendapat kehendak Allah Swt tidak terikat dengan apa pun.
● al-Maturidi terkenal dengan Maturidiah mengakui bahawa manusia mempunyai kebebasan kehendak.

No. 2
● Asyairah berpendapat Allah Swt yang Maha Berkuasa boleh menyalahi ancaman-Nya.
● Maturidiah berpendapat Allah Swt yang Maha Benar tidak boleh menyalahi ancaman-Nya.

No. 3
● Asyairah mengatakan bahagia atau celakanya pada kematian seseorang sudah ditentukan sejak azali.
● Maturidiah mengatakan bahagia atau celakanya seseorang adalah merupakan keadaan sekarang.

No. 4
● Asyairah menetapkan harus atau boleh untuk seseorang itu menyebut “Insya Allah saya mukmin”
● Maturidiah tidak boleh mengucapkan “Insya Allah saya mukmin”

No. 5
● Asyairah menegaskan bahawa Qadha kembali kepada sifat zat atau ianya Qadim (bukan baharu)
● Maturidiah mengatakan bahawa Qadha kembali kepada sifat perbuatan.

No. 6
● Asyairah menegaskan Qadar kembali kepada sifat perbuatan atau Jadid (baharu)
● Maturidiah menegaskan Qadar kembali kepada sifat Ilmu.

No. 7
● Asyairah menganggap para Nabi lebih mulia daripada para malaikat dan malaikat lebih mulia daripada manusia selain nabi.
● Maturidiah menganggap para Rasul dalam kalangan manusia lebih mulia daripada para Rasul dalam kalangan malaikat. Manakala para Rasul malaikat lebih mulia daripada manusia secara umum (selain rasul) dan para manusia selain rasul lebih mulia daripada malaikat secara umum.

No. 8
● Asyairah berpendapat taubat tidak akan diterima pada waktu ghargharah (saat nyawa dicabut) dan pintu taubat akan ditutup apabila matahari terbit pada arah Barat.
● Maturidiah berpendapat taubat orang kafir yang tidak diterima secara khusus tetapi taubat orang yang beriman yang melakukan maksiat masih dapat diterima.

No. 9
● Asyairah menetapkan sifat Maani ada tujuh.
● Maturidiah menambah satu lagi sifat Maani iaitu Takwin dan jumlah menjadi lapan.

No. 10
● Asyairah mengatakan sifat perbuatan (fi’il) Allah merupakan kejadian yang baharu.
● Maturidiah mengatakan sifat perbuatan (fi’il) Allah merupakan sifat yang Qadim (bukan baharu) dan berdiri dengan zat Allah.

No. 11
● Asyairah berpendapat wajibnya mengenali Allah (makrifatullah) melalui hukum Syarak dan disyaratkan juga penyertaan akal.

● Maturidiah mengatakan kewajipan mengenali Allah (makrifatullah) adalah dengan akal.