Al Insan: 2011-02-06

Rabu, 9 Februari 2011

TIGA GOLONGAN MANUSIA


Imam Al-Ghazali telah membahagakan 3 golongan mengikut sikap dan jiwa mereka menjalani kehidupan dibumi Allah ini.

1. Al-Halikun,
Yang bererti orang2 yg celaka.Golongan ini sibuk dengan menyebukkan diri didalam kenikmatan hidup didunia semata-mata.dan melupakan kehidupan yang akan datang,iaitu akhirat.Mungkin gulongan ini sedar bahawa kenikmatan hidup didunia ini hanya sementara tetapi hatinya tetap mengejar kehidupan yang sementara ini.Gulongan ini harus diberikan peringatan dengan harapan dapat menyedarkan kesalahanNya.

Firman ALLAH SWT:
"Dan carilah pada apa yg telah dianugerahkan Allah kepadamu negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu didunia dan melakukan kebaikkan sebagaimana Allah telah melakukan kebaikkan kepadamu dan janganlah kamu membuat kerusakkan dibumi.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang melakukan kerosakkan." (al-Qashash:77)

Mungkin juga golongan ini merupakan orang hanya cintakan harta duniawi dan tidak cinta kepada amal ibadat untuk akhirat.Dan menjadi tabiat manusia, cinta kepada sesuatu yang dipandangNya sebagai kenikmatan duniawi seperti mana firman Allah:
"Dijadikan indah daripada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini,yaitu terhadap wanita wanita,anak-anak,harta yang banyak dari jenis emas dan perak,kuda pilihan,binatang2 ternak dan sawah ladang.itulah kesenangan hidup didunia,dan disisi Allah tempat kembali yang baik(syurga)"ali-Imran:14.

2. Al-Faizun, bererti orang2 yang beruntung dan mendapat kemenangan. Golongan ini yang mendapat kebahgian sama ada didunuia mau pun akhirat. meraka sentiasa menjauhkan diri daripada apa yang dilarang oleh Allah, berbakti kepada agama dan masyarakat mengorbankan harta dan diriNya pada jalan yang diredhai oleh Allah. Al-faizun juga adalah mereka yang patuh. tekun,ikhlas dan taqwa kepada Allah dan RasulNya. Firman Allah swt:
"Orang orang yang beriman dan berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka,adalah lebih tinggi darjatNya disisi Allah.Dan itulah orang2 yang mendapatkan kemenangan."(at-Taubah:20)
Meraka ini juga disifatkan sebagai mereka yang lebih menitik beratkan amal ibadat sebagai persiapan untuk kehidupan diakhirat kelak.

3. Al-Muqtashidun,yang bererti orang orang yang berhemah dan tidak mensia-siakan hidupNya didunia sebagai tempat persediaan menuju akhirat disamping memanfaatkan seperlunya sahaja kenikmatan hidup didunia ini. Golungan yang berhemah ini sesuai dengan apa yang di gariskan oleh Allah didalam Alquran yang mana mereka ini sentiasa meseimbangkan diantara kepentingan hidup didunia lebih2 lagi di akhirat yang kekal dan abadi.