Al Insan: Makna dan Hakikat Rukun Islam

Ahad, 12 April 2009

Makna dan Hakikat Rukun Islam


Bismillahirohmanirohim..Allahamdulillah Saya menulis ini cuma ingin berkongsi hak kita semua,kerana ilmu ini bukannya hak saya,atau milik sesiapa,tetapi untuk mereka yang merasakan bahawa mereka adalah seorang hamba.Bukan hamba pada dunia tetapi pada pencipta yang satu.

Selalunya kita lupa dan kadang2 kita sedar siapa kita,kenapa kita dilahirkan?adakah kita dilahirkan untuk menjadi doktor,ulama,peniaga, jutawan atau apa2 pun keadaan kita sekarang.” Sebenarnya bukan ini yang hendak saya ceritakan….Apa yang hendak saya ceritakan adalah bab solat iatu salah satu daripada rukun Islam.

Inilah topik yang ingin saya kongsikan bersama iaitu “solat” kebanyakkan kita sering ditegur dan menjadi marah tentang solat ni.Saya tidak pernah mengatakan tidak perlu lakukan solat.Tetapi yang menjadi persoalannya bagaimana kita hendak melakukan solat sekiranya kita tidak faham dan tidak tahu apa yang kita lakukan?adakah kita lakukan solat kerana ia nya wajib/ kerana takut pada seseorang……atau sesuatu / kerana solat wajib…kita sama dengan burung kakak tua….cakap tapi tak atu apa yang dicakapkan…..

Cuba kita fikirkan agama islam adalah satu agama yang penuh dengan tartil/Tertib dan halus tetapi kenapa di negara kita terlalu ramai orang islam yang terjerumus kelembah maksiat,kalau nak kata didikan agama tak cukup ada yang lepasan al-azhar mesir pun hancur,ada tahfiz pun hancur,saya bukan nak menunding kepada sesiapa,ini berlaku kerana tiada ruh,rukun islam adalah jasad (syariat) rukun iman adalah ruh…….

Ibu dan bapa paksa anak mereka solat.hantar anak mengaji hantar anak sekolah agama.tetapi kosong.kerana mereka tak kenal yang maha esa. bila tanya kamu agama apa mereka jawap islam.Siapa tuhan kamu Allah? bukti kepercayaan kita pada Allah tiada…..”CUBA KITA DUDUK DIAM DAN TANYA APA BUKTI AKU YAKIN DAN PERCAYA PADA ALLAH

Bagaimana kita hendak meyakini Allah sedangkan kita tidak mengenali Allah “AWAL-AWAL MENGENAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH” Untuk mengenal Allah seolah2 menjadi satu rahsia….hanya golongan tertentu yang dapat dan boleh belajar…..sedangkan Allah turunkan islam untuk semua bukan untuk seseorang atau kaum yang tertentu….

Apabila kita telah mengenal Allah maka rukun iman yang lain dan rukun islam menjadi senang……tak perlu kita belajar ilmu hukum yang terlalu banyak tak perlu kita belajar ilmu haram atau haram……kerana bagi orang yang mengenali allah maka mereka tidak akan terdorong untuk melalukan kejahatan dan perkara2 yang dibenci oleh Allah….

Bila kita sudah mengenal Allah maka kita faham kenapa kita soalat….kenapa ada rukuk,sujud tahyat dan sebagainya…..

Akhir kata renunglah kata2 ini :

“Janganlah kita melakukan sesuatu yang kita tidak mengetahuinya dan jangan lah kita meninggalkan sesuatu dengan alasan kita tidak mengetahuinya”

Islam dibangun di atas lima dasar, yaitu Rukun Islam. Ibarat sebuah rumah, Rukun Islam merupakan tiang-tiang atau penyangga bangunan keislaman seseorang. Di dalamnya tercakup hukum-hukum Islam yang mengatur seluruh aspek kehidupan manusia. “Sesungguhnya Islam itu dibangun atas lima perkara: bersaksi sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, haji ke Baitullah dan puasa di buIan Ramadhan” (HR. Bukhari Muslim). Bagi siapa saja yang telah mengerjakan Rukun Islam yang lima, belum berarti bahwa ia telah total masuk ke dalam Islam. Ia baru membangun landasan bagi amal-amalnya yang lain.

Rukun Islam merupakan landasan operasional dari Rukun Iman. Belum cukup dikatakan beriman hanya dengan megerjakan Rukun Islam tanpa ada upaya untuk menegakkannya. Rukun Islam merupakan training/pelatihan bagi orang mukmin menuju mardhotillah/keridhoan Allah.


Tiang agama yang mesti dilakukan oleh setiap umat Islam . Terdapat lima rukun....

  • Mengucap dua kalimah syahadat

sesorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadat. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam. Syahadat Pertama menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas). Syahadat Kedua pula menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

  • Mendirikan sembahyang lima waktu

Umat islam Diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari iaitu zuhur , asar , maghrib , isya dan subuh .

  • Mengeluarkan zakat

Umat islam diwajibkan mengeluarkan zakat Jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Engkau ambil zakat itu dari orang-orang kaya mereka dan engkau kembalikan kepada orang-orang fakir mereka” (HR Mutafaqun ‘alahi).

  • Berpuasa di bulan ramadhan

Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu

  • Mengerjakan haji

Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat satu kali seumur hidup


Moga2 Allah merahmati hidup kita……..”TIDAK ADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN ALLAH DAN TIADA YANG BOLEH MEMUDARATKAN AKU MELAINKAN ALLAH”


Tiada ulasan: