Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan”
1. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.
2. Hikmah bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan didalam Islam.
3. Bagi golongan yang kaya yang mempunyai harta kekayaan yang banyak digalakkan bersedekah dengan memberi bantuan makanan kepada golongan yang amat memerlukan,
bantuan basikal untuk kanak–kanak kesekolah atau apa-apa sumbangan yang diperlukan bagi meraka yang amat memerlukan.
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai;
dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam
(yang tunduk patuh kepadamu).” [al-Ahqaf 46:15]
Apakah erti pertolongan Allah dan kemenangan yang boleh kita rasai dalam diri kita? Oleh kerana kita dihidupkan untuk menjadi insan, bukannya haiwan ternakan, maka kita kena meletakkan diri kita sebagai insan. Untuk bertindak sebagai insan, bangunkanlah akal fikiran sehingga mampu menimbang dengan waras, bukan hidup ikut-ikutan dalam ketaksuban. Akibat beragama secara menurut, kita tidak tahu membezakan erti baik atau buruk. Hati jadi kuat rasa ragu-ragu. Akhirnya umat Islam menjadi lemah dalam segala segi sehingga tertinggal berbanding bangsa-bangsa lain, walaupun bangsa-bangsa itu bukan beragama Islam pun.
Adakah Allah tidak membantu kita umat Islam? Kenapa kita menjadi golongan yang dikalahkan? Sepatutnya jika benar kita ikut ajaran Islam, kita bukan menjadi bangsa yang lemah. Tetapi kenapa terjadi sebaliknya, walaupun berbuih-buih mulut membaca Quran dalam bahasa Arab dan berdoa dalam keadaan hati tidak memahami?
Tidaklah Allah menolong sesuatu kaum, jika kaum itu sendiri tidak mahu menolong diri sendiri. Untuk kita menolong diri kita sendiri, pertama-tama kali yang perlu kita lakukan adalah mengakui kelemahan dan kesalahan diri bahawa kelemahan umat Islam ini kerana kelemahan diri sendiri. Buangkanlah perangai suka menyalahkan orang lain terutama pemimpin sendiri. Mereka hendak sedar diri atau tidak, itu urusan mereka dengan Allah. Urusan kita adalah untuk memperindahkan akhlak sendiri.
Yakinlah pada diri sendiri untuk mengkaji dan menerokai Quran. Allah tidak melihat apa ijazah yang kita ada untuk memuji-muji KekuasaanNya. Allah hanya menilai keikhlasan diri kita. Jika kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas, pasti pertolongan Allah akan sampai biarpun sesukar mana jalan yang ditempuhi. Yang penting kita sentiasa meningkatkan keupayaan akal sehingga kita menjadi orang kuat kesabarannya.
Marilah kita sama-sama memohon ampun atas kelalaian kita selama ini sehingga umat Islam menjadi lemah. Kelemahan umat adalah kelemahan kita. Hentikanlah perangai mencari kesalahan orang lain dan sikap suka menunding jari. Ingatlah satu jari kita menunding kepada orang lain, tiga jari lagi menunding kepada kita. Hidup kita ini adalah untuk mencari kesalahan diri sendiri, bukannya kesalahan orang lain. Cegahlah kemungkaran dengan memperbetulkan diri sendiri. Itulah sunnah dakwah para Rasul terdahulu.
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya). Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih. Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi: Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu tda bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat." Para sahabat bertanya: "Untuk siapa? Sabda Rasulullah s.a.w: "Untuk Allah, Rasul-Nya, untuk kitab-Nya, untuk para pemimpin dan orang ramai." - Hadis Sohih riwayat Imam Muslim dalam kitab al-Imam.
“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sbgnya.