Al Insan: Perkahwinan dan pengertian

Selasa, 14 April 2009

Perkahwinan dan pengertian



Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. (Hadis Dha’if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

Bahasa:
Cantum atau himpun

Istilah :
Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan

Panduan ciri-ciri bakal suami

* beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
* bertanggungjawab terhadap semua benda
* memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
* berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
* tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
* rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri

* beriman & solehah
* rupa paras yang cantik dan elok
* memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
* menentukan mas kahwin yang rendah
* wanita yang subur
* masih dara
* berasal dari keturunan yang baik
* bukan keturunan terdekat

hukum perkahwinan dalam Islam

1.Harus
bagi yang tidak mempunyai sebab untuk berkahwin dan tiada perkara yang mengharamkannya berkahwin

2.Wajib
bagi yang mampu zahir dan batin, jika tidak berkahwin dikhuatiri mereka akan berzina

3.Sunat
bagi yang mampu zahir dan batin, jika tidak berkahwin tidak dikhuatiri mereka akan berzina

4.Makruh
bagi yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin, tapi berkeinginan untuk berkahwin

5.Haram
bagi yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin / berkahwin dengan niat memudaratkan isteri

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

“Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)

hikmah perkahwinan

i.untuk melahirkan zuriat yang bersih
ii.memupuk perasaan kasih sayang antara suami dan isteri
iii.mengelakkan perbuatan maksiat
iv.melahirkan perasaan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah Allah
v.memenuhi tuntutan rohani dan jasmani yang menjadi fitrah manusia melalui jalan yang halal



kesan perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga islam

i.Kepada diri

¨Dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan undang-undang keluarga islam

¨Masyarakat akan memandang serong kepada mereka

ii.Kepada keluarga

¨Nama baik kedua-dua keluarga akan tercemar

¨Kedua-dua belah keluarga akan bermusuhan akibat sikap menyalahkan keluarga lain

iii.Kepada masyarakat

¨Masyarakat akan kucar kacir kerana wujud masyarakat yang tidak mahu patuh kepada undang-undang

Jenis Perkahwinan


* Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

* Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]

* Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Tiada ulasan: