Al Insan: 2012-10-28

Jumaat, 2 November 2012

Memilih Pemimpin




Mahkamah Seysen Shah Alam dah pun sabitkan Abdul Rahman Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam sebagai bersalah dan dah pun jatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 atas kesalahan membuat 8 tuntutan palsu melibatkan RM80,000 ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar, empat tahun lepas.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu.
http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/ADUN_Lenggeng_Didapati_Bersalah_Terima_Rasuah.html
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2011/4/2/mstar_berita/20110402160830

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm&arc=hive
Tan Sri Isa Samad disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail.

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Tindakan Lembaga Disiplin (LD) UMNO semalam yang memutuskan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersalah dan hilang kelayakan bertanding kerana didapati melanggar Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO Rasuah dan menimbulkan beberapa kekeliruan ekoran keputusan berbeza dikenakan ke atas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga disabitkan atas perkara sama.
http://umno-online.com/?p=717


Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan..
(Hud : 113)

Berdasarkan kefahaman ayat di atas, jelas sekali cenderung (menyokong) kepada kezaliman adalah sesuatu perbuatan yang di larang oleh Islam apalagi mengambil seseorang yang zalim sebagai pemimpin kerana kezaliman seorang pemimpin lebih besar mudaratnya kepada orang ramai. Mereka yang memilih pemimpin yang zalim juga dikira sebagai orang yang zalim. Dalam erti kata yang lain segala sokongan terhadap dosa si pelaku kezaliman adalah satu pembabitan yang dihukumkan sama dosanya terhadap si penyokong.

Firman Allah swt.:

Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Al-Ma'idah : 51)

Maka mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syara' juga adalah suatu kezaliman (kejahatan) ini kerana ia dianggap seolah menyembunyikan kesaksian yang sebenar seperti yang dituntut oleh ayat di bawah, Allah SWT berfirman :
وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(al Baqarah : 283)

Untuk menambah lagi kefahaman kita hendaklah kita memerhatikan firman Allah :

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
(al Maa-idah : 2)