Banyak sekali manusia atau rakan-rakan kita yang mengatakan kenapa setiap hari hingga bertahun-tahun berdoa tapi tidak sekali pun doa mereka di makbulkan?
Pada hari jumaat 22 Oktober 2010 seperti biasa akan ada Tazkirah di bilik mesyuarat di kolej Profesional Mara Ayer Molek,yang bertajuk 10 Sebab Doa di tolak yang dibawa oleh En Khamis Perkara ini sesuai dengan Pertanyaan kepada Ibrahin Ibn Adham beliau adalah seorang Ahli Pemikir islam dan seorang sufi juga dikenali Sultan Ibrahim bin Adham, Bin Mansur al-Balkhi al-Ijli, Abu Ishaq.
“Wahai Ibrahim Ibn Adham,kami telah berdoa kepada Allah..tetapi masih tidak diperkenankan-Nya.Beritahu kami apakah sebabnya?”.Ibrahim menjawab: “terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”
1. Kamu mengenal Allah tapi tidak mentaatiNYa
2. Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutiNYA
3. Kamu mengetahui Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya
4. Kamu memakan kurniaanNYA tetapi tidak pernah mensyukuri
5. Kamu tahu syurga tetapi tidak mencarinya
6. Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu dengan meninggalkan maksiat dan dosa
7. Kamu mengenali syaitan namun tidak berusaha memeranginya bahkan menyambut ajakannya
8. Kamu tahu saat kematian semakin hampir namun tidak bersiap menghadapinya
9. Kamu pernah menguburkan mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya
10.Kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan diri sendiri.
Jadi bersama-samalah kita bermuhasabah diri kita dengan apa amalan dan tingkah laku kita supaya kita dapat berusaha untuk mengubah keperibadian yang tidak elok.