Al Insan: 2015-08-16

Sabtu, 22 Ogos 2015

FIKIRKANLAH

BERKAT DAN IMAN.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Al-Ankabut : 2-3)

Tiada yang akan dibiarkan Allah sekadar mengatakan kami telah beriman, sebelum ia diuji. konsekuensi iman adalah ujian. Dalam syurga ada tingkatan-tingkatan. Dan untuk menempatkan makhlukNya, Allah memberikan ujian-ujian. Dan sungguh kita tak sendiri. Orang-orang sebelum kita pun telah diuji, maka  Allah memiliki hujjah atas orang-orang yang berjihad dan bersabar.

Mengapa ujian terasa begitu berat? Yang pasti, Ia tak membebani hambaNya di luar kesanggupannya. Tetapi, jangan salah mengertikan. Kalau ujian itu hadir untuk kita, artinya Allah maha Tahu bahawa kita mampu menanggungnya. Selebihnya, adalah soal kemauan untuk menghadapi dan  bukannya melarikan diri. Kesungguhan untuk mengatasi dan bukannya bertiarap. Meski, rasa manusiawi adalah kewajaran.


Di saat apapun, barakah itu membawakan kebahagiaan. Sebuah kenikmatan dan  kegembiraan di hati, kelapangan dada, kejernihan akal, dan rasa nikmat di jasad. Barakah itu memberi  suasana lain dan mencurahkan keceriaan musim semi, apa pun masalah yang sedang membadai rumahtangga kita. Barakah itu membawakan senyum meski air mata menitik-nitik. Barakah itu menyerapkan kerindu di tengah kejengkelan. Barakah itu menyediakan dakapan dan belaian lembut di saat dada kita sesak oleh masalah.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah



Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka.

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Barang siapa yang Allah kehendaki kebajikan nescaya Allah beri faham tentang agama.

Khamis, 20 Ogos 2015

Tahukah ANDA? Undang undang islam iaitu Hudud,takzir,qisas dan diyat telah di laksanakan di tanah melayu?



Undang undang islam iaitu Hudud,takzir,qisas dan diyat telah di laksanakan di tanah melayu sebelum kedatangan penjajah british. Mungkin ada yg masih ingat cerita sumpah semerah padi. ;-)

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan mempunyai hak membuat pilihan sendiri dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul telah membuat sesuatu keputusan. Siapa yang tidak mematuhi hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya bererti ia telah terjerumus dan kesesatan yang amat nyata.’’ (al-Ahzab : 36)

Menurut prinsip keimanan dan aqidah Islamiah, setiap Muslim dan Muslimah wajib mempertahan dan membela agamanya, dan konsep membela agama tidak hanya terbatas dalam erti kata mengamal dan mempertahankan peraturan-peraturan ibadat, peraturan nikah cerai dan peratuan muamalah sahaja, malah merangkumi usaha mempertahankan konsep-konsep pemerintahan, pentadbiran dan kehakiman yang telah digariskan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dan antaranya ialah hukum hudud yang dipertikaikan sekarang ini.

Mana-mana Muslim dan Muslimah yang tidak sanggup mempertahankan kesucian hukum hudud atau merasa keberatan untuk menganggap hukum hudud sebagai hukum-hukum Allah Taala yang wajib dipatuhi atau bertindak liar dengan mempertikaikan hukum hudud atau mempersenda-sendakan hukum hudud atau menyifatkan hukum hudud sebagai undang-undang barbarik, kejam dan tidak berperikemanusiaan, maka bererti ia tidak sanggup menjunjung hukum Allah SWT dan secara Nyata dan terbuka telah menentang al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dan setiap mereka yang tergolong dalam kategori orang-orang yang menentang al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW secara langsung adalah tergolong di dalam kumpulan manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.Hukum hudud merupakan sebahagian dari kanun jenayah Islam dan kanun jenayah Islam merupakan sebahagian dari syariaat Allah SWT yang wajib dijunjung, diamal, dan dipertahankan oleh setiap Muslimin dan Muslimat.