Segala puji hanya milik Allah Rabb semesta alam semesta, Selawat dan Salam kepada penghulunya orang-orang yang zuhud dan imamnya para ahli ibadah. Amma ba’du :Sesungguhnya dunia adalah negeri persinggahan bukan negeri untuk menetap, dunia adalah tempat yang penuh dengan duka cita bukan tempat tinggal untuk bersuka ria. Maka sepatutnya bagi seorang mukmin menjadikan dunia sebagai sebahgian perjalanan,mempersiapkan bekal dan hartanya untuk menuju ke perjalanan yang pasti.
“Sesungguhnya dunia adalah jalan menuju Surga dan Neraka.Malamnya adalah tempat perniagaan manusia dan hari-harinya adalah pasar.”
“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbanggabangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”. (Al-Hadid 57 : 20)
Tidak keterlaluan jika dinyatakan duit adalah alat yang berkuasa di muka bumi ini. Kekuasaannya mampu memberikan suatu kebaikan kepada manusia raya; juga mampu membinasakannya. Suatu ikatan mampu dibina daripadanya, ikatan itu juga bisa dileraikan oleh ´kekuasaannya´. Mahu tidak mahu hidup ini sangat-sangat bergantung kepadanya bagi melangsungkan kehidupan seharian.
Persoalannya, adakah semangat untuk mencari wang ringgit yang ada pada diri kita, dimana disetiap detik hayat kita seharusnya kita bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mencari keredaan Allah didalam segala kemampuan kita ? Seorang jurutera akan melipat-gandakan usaha didalam bidang dan kemahirannya, semata2 untuk mencari keredhaan Allah. Seorang doktor pun begitu juga, memerah otak dan segala jiwa raga didalam bidangnya didalam rangka mencari keredaan Allah. Begitu juga seorang pentadbir, seorang peguam, seorang petani, seorang guru, seorang peniaga, seorang ustaz, seorang pemimpin, seorang saintis dan sebagainya, kesemuanya, berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh semangat untuk mencari keredaan Allah. Tidak adalah yang seperti ular sawa kenyang yang tak menghiraukan apa-apa sehingga perutnya kosong semula..
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah nescaya Allah menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
(Surah Muhammad – 7)
Keikhlasan adalah tunjang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanpa keikhlasan, kita akan disibukkan dengan urusan menyelesai masalah dalaman dan membuang waktu dan tenaga yang seharusnya disalurkan dan hasilnya mungkin tidak elok.
Islam tidak pernah melarang umatnya daripada mencari harta dunia mahupun kuasa tetapi apa yang menjadi larangannya adalah harta dan kuasa yang disalahgunakan sehinggakan maksud sebenarnya menyimpang jauh daripada maksud sebenar. Persoalan penting yang perlu dititik-beratkan adalah bagaimana cara kita mencarinya dan dijalan mana kita membelanjakan dan mengarahkannya.Kesungguhan dan keikhlasan akan membuka banyak ruang untuk kita bekerja dan berusaha didalam rangka mencari
keredhaan Allah. Tanpa dua sifat ini, bermacam2 dalih dan alasan yang akan kita beri.
Menurut hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w telah mengingatkan para sahabat dan juga kaum muslimin bahawa antara empat soalan yang akan ditanyakan di Padang Mahsyar ialah perihal harta dari sumber mana ia diperoleh dan ke jalan mana ia dibelanjakan.Bersifat murah hati menderma dengan mengeluarkan harta atau sedekah, tidak kedekut juga salah satu jalan bagaimana untuk mencari keredaan dariNya. Firman Allah s.a.w bermaksud:
“Dan belanjalah (harta benda mu) di jalan Allah dan janganlah kamu men jatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 195)
Apa yang dapat kita tafsirkan setiap apa yang Allah perintahkan dan meninggalkan perkara yang mungkar pasti akan mendatangkan keredhaan dariNya... Wasalam