Al Insan: 2009-06-21

Khamis, 25 Jun 2009

Bulan Rejab




Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari -
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari
- mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari
- dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari
- diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari
- aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari
- dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari
- Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari
- Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari
- keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari
- Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari
- Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari
- dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari
- Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari
- Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Terima kasih / Thanks




untuk pengetahuan kawan2 semua. profile ini telah dipadamkan...berkat hasil usaha kita bersama...oleh itu saya ingin mengucapan ribuan terima kasih kepada rakan2 yg sudi memberi komen pada Profle ini... http://www.tagged.com/profile.html?uid=5412960061

For infomation .. This URL has been Deleted.. because of our effort . so thank you very much to all my friends that willing to comment this profile http://www.tagged.com/profile.html?uid=5412960061..

“Karena itu, ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan
memberikan rahmat dan peng-ampunan). Dan bersyukurlah kepada-Ku, serta
jangan ingkar (pada nikmat-Ku)”. (Al-Baqarah, 2: 152).

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa
takut (pada siksaanNya), serta tidak mengeraskan suara, di pagi dan petang hari.
Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”. (Al-A’raaf, 7: 205).

Rasulullah صلى الله عله وسلام bersabda:
((مَثَلُ الَّذِيْ يَذْآُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَ يَذْآُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ
وَالْمَيِّتِ)).
Perumpamaan orang yang ingat akan Rabbnya dengan orang yang tidak ingat
Rabbnya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. (HR. Al-Bukhari dalam
Fathul Bari 11/208. Imam Muslim meriwayatkan dengan lafazh sebagai berikut:
((مَثَلُ الْبَيْتِ الَّذِيْ يُذْآَرُ اللهُ فِيْهِ وَالْبَيْتِ الَّذِيْ لاَ يُذْآَرُ اللهُ فِيْهِ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ)).
“Perumpamaan rumah yang digunakan untuk dzikir kepada Allah dengan rumah
yang tidak digunakan untuk dzikir, laksana orang hidup dengan yang mati”. (Shahih
Muslim 1/539).)

Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai de-ngan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku
bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia meng-ingatKu
dalam dirinya, Aku mengingat-nya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam
suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari
mereka. Bila dia mende-kat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta.
Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat ke-padanya sedepa. Jika dia
datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan
berjalan cepat”. (HR. Al-Bukhari 8/171 dan Muslim 4/2061. Lafazh hadits ini riwayat
Al-Bukhari.)

Rabu, 24 Jun 2009



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chetam panjangkan hasrat rakan Chetam dari grup ResepiNet yang kehilangan 2 orang anak beliau petang semalam. Berikut data berkenaan anak-anak beliau..

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009.. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.

CHETAM

Demi Islam... For The Sake Of Islam



Tolong sebarkan URL ini http://www.tagged.com/profile.html?uid=5412960061 atau klik gambar di sebelah kiri.. Bersama memberikan komen untuk profile ini demi agama Islam atau hantarkan e-mail komen pada contact@pigbusters.net untuk memadamkan profile ini

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)

Please inform to everybody to chekout this URL http://www.tagged.com/profile.html?uid=5412960061 or clik the left piture for the sake of our religion(islam) or you can report to contact@pigbusters.net OR http://www.pigbusters.net/PBReportScammer.htm for delete this profile

Selasa, 23 Jun 2009

Terima Kasih




Assalamualaikum....

kepada kawan2 sekelian... terlebih dahulu saya nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kerana telah bersama2 memberi komen berkenaan pengunaan nama (nickname)ALLAH bergambar Anjing..pada URL dibawah ini...Dengan berkat komen dan kerjasama dari anda semua akaun ini telah ditutup pada 23 jun 2009... ini menunjukkan Kejayaan kita semua... Terima Kasih.... Moga Allah merahmati anda semua ..AMIN

Profile URL:
http://www.tagged.com/allahzap


“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)

Isnin, 22 Jun 2009

Kewajipan Umat Islam


Assalamualaikum...

kebanyakan orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orang Islam mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai Allah. Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu perlu memenuhi syarat syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad. Pengertian ini dapat kita simpulkan dari firman Allah:

· قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

· إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ


“Orang orang Arab badwi itu berkata; kami sudah beriman, namun katakanlah kamu belum beriman , Cuma katakanlah kamu baru masuk Islam dan iman belum (benar-benar masuk) dalam hati kamu. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amalanl kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah: 31).

Mengkaji tentang Rasulullah saw tidak akan habis dan tidak jemu-jemu walaupun sudah lebih 1400 tahun berlalu. Semakin dikaji oleh orang yang berakal dalam zaman sains ini, semakin bergemerlapan sinar Islam yang dibawa oleh baginda. Semakin tajam pemikiran manusia, semakin banyak mengkaji Al Quran, semakin terasa jahilnya kita. Inilah keistimewaan Al Quran, semakin mendalam seseorang meneliti Al Quran semakin banyak bertemu perkara yang baru. Itulah sebabnya tidak jemu orang membaca, tidak puas orang menyelidikinya dan tidak pula menjadi zalim orang yang berhukum dengannya.

Rasulullah saw ibarat sebutir berlian yang tercanai, cantik dipandang dari semua sudut, kecuali orang yang tidak mahu mengambil ikhtibar darinya. Mereka akan berkata intan itu kaca. Rasulullah saw adalah contoh yang boleh kita ambil dari berbagai-bagai sudut. Misalnya baginda adalah panglima perang yang unggul, ketua negara yang berwibawa, ketua keluarga yang penyayang, hamba yang taat (abidun) kepada Allah, peniaga yang mahir, ahli sosial yang bijak dan pandai berdikari semenjak berumur 10 tahun.

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”

Ertinya keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang mendaulatkan agamanya. Islam bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tapi adalah suatu Itizam dan komitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam.

Oleh itu, mari kita mohon kepada Allah agar membuka pintu hati kita dalam memahami penjelasan berikutnya untuk menerima kebenaran sekiranya ia benar. Dan menolak kebathilan jika ia bathil. Kita mohon kepada Allah supaya kita berhukum dengan bersandarkan dalil syar'ie semata. Kita mohon juga kepada Tuhan yang Maha Pemberi Petunjuk, agar kita tidak berhukum kerana sekadar ketaatan kepada pemimpin kita, atau kepercayaan kepada ulama' tertentu melainkan semata atas kebenaran dalil Mu, ya Allah. Ameen,


TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA


Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.