Al Insan: 2017-06-25

Ahad, 25 Jun 2017

HADIS DHAIF



Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid bin Ziyad dari Hajjaj bin Arthah dari Abu Mathar dari Salim bin Abdullah bin Umar dari ayahnya bahwa Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam apabila mendengar suara halilintar atau petir beliau mengucapkan: "ALLAAHUMMA LAA TAQTULNAA BIGHADHABIKA WA LAA TUHLIKNAA BI'ADZAABIKA WA 'AAFINAA QABLA DZAALIK" (Ya Allah, janganlah Engkau bunuh kami dengan kemarahanMu, dan janganlah Engkau binasakan kami dengan adzabMu dan ampunilah kami sebelum itu). Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini.

(HR tirmidzi 3372 Dhaif)

SAAT WAFATNYA NABI SAW umati umati?



Tibalah saat terakhir kehidupan Rasulullah SAW dengan Aisyah menyandarkan Baginda SAW ke ribaannya. Dalam hal ini, Aisyah berkata: “Antara nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepadaku ialah Rasulullah SAW wafat di dalam rumahku semasa giliranku dan dirangkulanku antara leher dan dadaku. Dan Allah SWT telah mengumpulkan air liurku dan air liur Baginda SAW ketika kewafatan Baginda SAW.” Abdulrahman bin Abu Bakar pun masuk dengan ditangannya kayu sugi dan ketika aku sedang meriba Rasulullah SAW. Baginda SAW memandang ke arah Abdulrahman dan aku menyedari bahawa Baginda SAW ingin kayu sugi tersebut. Aku pun bertanya kepada Baginda SAW: “Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?.” Baginda SAW mengisyaratkan dengan kepalanya tanda setuju. Lalu aku hulurkankayu sugi tersebut tetapi ia kelihatan keras. Aku pun berkata: “Mahukah aku lembutkannya untukmu?.” Baginda SAW mengisyaratkan dengan kepalanya tanda setuju, lalu aku melembutkannya dan Baginda memerintahkan untuk disugi. Di dalam satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Baginda SAW bersugi dengan cara yang lebih baik berbanding sebelum daripada ini. Ketika itu, dihadapan Baginda SAW ada sebekas kecil berisi air. Baginda SAW mencelupkan tangannya di dalam bekas air tersebut, lalu menyapunya di muka sambil berkata: “Tidak ada Tuhan selain daripada Allah, sesungguhnya bagi kematian itu kesakitan-kesakitan.”

Sebaik sahaja selesai bersugi Baginda SAW mengangkat tangannya atau jarinya serta mendongak ke bumbung sambil bibirnya bergerak. Aisyah R.anha merapatkan telinganya kerana ingin mendengar apa yang diucapkan oleh Baginda SAW:

مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي، وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى

Maksudnya: “Bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka daripada kalangan para nabi, orang-orang benar (orang yang beriman), orang-orang syahid dan orang-orang soleh. Ya Allah, ampunilah aku dan rahmatilah aku serta pertemukan aku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi.”

Baginda SAW mengulangi kalimah akhir tersebut sebanyak tiga kali, kemudian tangan Baginda SAW terkulai layu dan Baginda SAW pun pergi mengadap Kekasih Yang Tertinggi.”

[Lihat: al-Rahiq al-Makhtum, 430-432]

hadis dari Aisyah R.anha iaitu ucapan Nabi SAW yang terakhir sebelum Baginda SAW wafat adalah “اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi)”. Ini kerana, hadith atau riwayat tersebut disepakati oleh Imam al-bukhari dan Imam Muslim bahawa itu adalah ucapan Nabi SAW. Tambahan pula, ucapan tersebut diceritakan oleh Aisyah R.anha yang mana Nabi SAW wafat di rumah dan di pangkuannya. Justeru itu, beliaulah yang lebih layak untuk menceritakan perkara seperti ini. Selain itu, dikatakan ucapan Nabi SAW yang terakhir adalah “umatku, umatku”, perkara ini adalah tidak benar sama sekali.

Daripada Mu’az bin Jabal, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ucapan terakhirnya “لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tidak ada Tuhan melainkan daripada Allah).” [Riwayat Abu Daud (3116)][sanadnya adalah hasan menurut Imam al-Nawawi]


Wallahua’lam