Bismillahirohmanirohim........Alhamdullillah pada hari ini saya ingin menyentuh berkenaan aurat..Sebenarnya aurat ini bukan saya ditekankan kepada wanita malahan lelaki uga perlu membataskan aurat mereka daripada tatapan umum.Berkenaan Aurat ini juga Wanita amat dipertekankan oleh Allah Taala supaya menutup aurat.Hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa sebarang alasan.
Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka.”(Surah Al-Ahzab ayat 59)
Ummu ‘Athiyah pernah berkata: Rasullullah saw memerintahkan kami – baik ia budak wanita, wanita haid, ataupun wanita perawan – agar keluar(menuju lapangan) pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi para wanita yang sedang haid diperintahkan untuk menjauhi dari tempat solat, namun tetap menyaksikan kebaikan dan seruan atas kaum muslim. Aku lantas berkata, “Ya Rasulullah, salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah pun menjawab, “Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya.”
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nur: ayat 31)
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Dalil lain yang menunjukkan seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
Ada juga segelintir kita mungkin pernah bertemu dengan beberapa manusia mendedahkan bahawa banyaknya kefahaman Islam yang kurang jelas di mata mereka. Contohnya, pernah ditanyakan “Kenapa ramai yang tidak bertudung (wanita) dan baju singkat?”. Persoalan ini sering diajukan dan kita tak nafikan ada juga kalangan wanita yang juga berkata, “Orang perempuan yang bertudung tak semestinya baik dan kadangkala wanita yang tak bertudung lebih baik dari yang bertudung?”.
Hal ini bukanlah mengenai tudung. Ada wanita mengenakan tudung tapi bentuk badannya masih kelihatan bahkan ada yang menampakkan bayang aurat mereka di khalayak ramai. Kaum lelaki yang mengambil kesempatan ‘mencuci mata’ pula berkata ini peluang dan hak individu kegunaan mata dan niatnya. Maka pemahaman menutup aurat itu bukan hanya merangkumi pemakaian tudung malah ia lebih dari itu dan bersangkutan iman seseorang.
Rasulullah saw juga bersabda:
“Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.”
Daripada dalil-dalil di atas jelaslah bahawa bersolek untuk tujuan mempamerkan kecantikan di hadapan bukan mahram adalah dilarang. Bagi seorang isteri hanya boleh bersolek untuk suaminya dan tidak boleh mempamerkan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahramnya.
Apa yang dapat kita simpulkan dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati.
Aurat itu perlu dijaga antara lelaki dan wanita malah aurat itu juga sebenarnya perlu juga dijaga sewaktu bergaul dengan kaum sejantina. Iaitu adanya batasan aurat antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Hatta dengan budak kecil juga diterangkan dalam Islam. Pengajaran dalam Islam mementingkan aspek ‘Saqayah khairun min al ‘ilaj‘ iaitu pencegahan lebih baik daripada merawat. Ia juga berkait rapat dengan aspek psikologi fikiran manusia yang terkadang tidak terkawal oleh manusia itu sendiri. Bila-bila sahaja psikologi emosi manusia akan memusnahkan manusia tanpa dipimpin oleh wahyu Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan