Al Insan: Tanda Manusia Berakal

Isnin, 20 April 2009

Tanda Manusia Berakal


Bismilahirohmanirohim...

Apakah kalian tidak melihat bagaimana Allah membuat perumpamaan yang baik seperti
pohon yang baik, akarnya yang menunjam kuat, sedangkan dahannya(menjulur) ke langit. Ia memberikan buahnya setiap saat dengan izin PemeliharaNya, dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia agar mereka ingat. (QS Ibrohim 2425).

Orangorang yang beriman dan tidak mencampur keimanan mereka dengan kezaliman[kesyirikan] mereka mendapatkan keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.

"Katakanlah: ‘Adakah sama orang-orang yang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran". (az-Zumar 39: 9).

Tanda-tanda Manusia yang berakal:-

1) Luas pandangannya kepada sesuatu yang menyakiti atau yang
menyenangkan, pandai memilih perkara yang bermanafaat dan menjauhi perkara yang menyakiti.

2) Selalu berbantah dengan dirinya. Kalau diri itu bermaksud menempuh
yang jahat, dihukumnya bahawa kejahatan itu berbahaya, merugikan dan mencelakakan.
Dan kalau diri itu mengingat-ingat perkaran yang baik, dihukumkan bahawa
kebaikan itu menguntungkan, membawa kemenangan dan memberi laba.
Lantaran hukuman yang demekian mudahlah dirinya mengingat baik-baik itu
dari buah hasilnya sehingga mudah menunjukkan kesan.
Dan bila menghadapi kejahatan, mudah pula dia mengingat bahayanya
dan celakanya, gementar badannya, dan timbul takutnya yang melampaui batas.

3) Selalu mengingati kekurangannya, kalau perlu di tulis di dalam
satu buku peringatan sehari-hari. Baik kekurangan dalam agama,
atau pada akhlak dan kesopanan. Peringatan itu diulang-ulang dan
buku itu kerapkali dilihatnya untuk direnunginya dan dikhtiarkan
mengansur-ansur merubah segala kekurangan itu.

4) Dilihatnya kebaikan budi pekerti orang lain. Di pujinya di dalam hati
dan ditimbulkannya cita-citanya hendak meniru seraya diansur pula
meneladan dari selangkah ke selangkah.

5) Kalau hendak mencari teman, handai taulan dan sahabat,
orang yang berakal akan memilih orang yang mempunyai kelebihan
baik daripada perkara agama atau ilmu atau budi kesopanan.
Yang berlebih dari perkara agama atau ilmu budi kesopanan.
Yang berlebih daripada kita supaya kita dapat tiru teladan.
Atau dicarinya teman yang sama tingkatan supaya kaut menguatkan.
Kerana budi perketi yang baik dan adat yang terpuji tidak akan
subur tumbuhnya dalam diri kalau tidak bertolong-tolongan
menggembirakan didalam dengan teman.

6) Orang yang berakal tidak akan berduka cita lantaran ada cita-citanya
di dunia tidak sampai atau nikmat meninggalkannya. Diterimanya apa
yang terjadi atas dirinya dengan tidak merasa kecewa dan
tidak putus-putus berusaha. Jika rugi tidaklah cemas dan
jika berlaba tidaklah bangga. Kerana cemas merendahkan
himmah dan bangga menhilangkan timangan.

7) Orang yang berakal enggan menjauhi orang yang berakal pula,
kerana tanpa teman yang berakal akan lemahlah dia,
dan dengan bersama akan dapat dia membandingkan di mana
kekurangannya dan dimana kelebihannya.

8) Empat saat yang selalu diawasi oleh orang yang berakal.
Biar lengah dari yang lain, tetapi tidak lalai dia menjaga yang empat itu iaitu :
-i) Saat untuk menyembahkan hajatnya kepada Tuhannya.
ii) Saat untuk menilik dirinya sendiri.
iii) Saat untuk membuka rahsia diri kepada sahabatnya yang setia,
menyatakan aib-aib dan celanya supaya dapat dinasihati dan
ditunjukkan oleh teman setia itu secara terus terang.
iv) Saat dia bersunyi-sunyi diri, duduk bersoal jawab dengan dirinya,
menanyakan mana yang halal dan mana yang indah,
mana yang jahat dan mana yang baik.

9) Orang yang berakal tahu membedakan manusia,
sebab itu dia tidak canggung bergaul dengan siapapun.
Manusia dibahagikan kepada dua.
Pertama, orang awam, perkataanya di jaga, tiap-tiap kalimat yang keluar
dari mulutnya dibatasinya. Kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.
Kedua, ialah orang yang khawas (orang-orang utama).
Disanalah dia merasa lazatnya ilmu. Kepada yang lebih daripada dia,
dia belajar. Kepada yang sama dengan dia, dia membanding.

10) Orang yang berakal memandang besar akan sebarang kesalahan
yang dilakukannya, walau bagaimana kecilpun di mata orang lain.
Dia tidak mahu memandang kecil suatu kesalahan.
Kerana bila sekali kita memandang kecil sesuatu kesalah, yang kedua,
ketiga dan seterusnya, kita tidak akan merasa kesalahan itu besar,
atau tak dapat membedakan lagi mana yang kecil dan mana yang besar.

11) Orang yang berakal sedar bahawa diantara akal dan nafsu,
atau diantara fikiran dan hawa tidak ada persetujuan.
Kehendak nafsu biasa manis dipangkal dan hambar ujungnya.
Sebab itu mereka suka berpahit-pahit dahulu dan bermanis-manis kemudian.
Jika dia menghadapi suatu pekerjaan yang ragu-ragu atau jalan
bersimpang yang belum ditemukan, ditanyalah hatinya, mana yang lebih cocok.
Dan nafsunya itulah yang dijauhinya.

12) Orang yang berakal tidaklah berduka hati. Kerana kedukaan
itu tidak ada faedahnya. Banyak duka mengaburkan akal.
Tidak dia besedih, kerana kesedihan tidaklah dapat memperbaiki
perkara yang telah telanjur. Dan banyak bersedih mengurangi akal.
Orang yang berakal menyediakan ubat
sebelum sakit, menyediakan payung sebelum hujan.
Tetapi kalau penyakit datang juga, padahal ubat telah tersedia,
dan bajunya kena hujan juga padahal payung telah ditangan,
tidaklah dia kecewa, tetapi dia sabar dan rela dan dicarinya usaha untuk mengatasinya.

13) Orang yang berakal tidak ada tempat yang dia takut selain Tuhannya.
Kalau timbul takutnya dengan tiba-tiba, diselidikinya apa sebab dia takut.
Dari salah atau hanya dari rendah himmahnya?

14) Orang yang berakal tidak menjawab sebelum ditanya.
Tidak pula menjawab pertanyaan lebih daripada mesti,
supaya jangan dikatakan orang: tidak pandai memegang rahsia,
tidak berpengaruhan, thufaili. Tidak pula suka menghinakan orang,
kerana orang-orang yang menghinakan raja-raja rosaklah dunianya.
Orang yang suka menghinakan orang alim rosaklah agamanya
dan orang yang menghinakan kawan-kawan rosaklah maruahnya.

15) Orang yang berakal tidaklah tersembunyi bahagian celanya dirinya
kerana orang yang lupa memandang aib dirinya sendiri,
akan lupalah kepada kebaikan orang lain. Maka lupa akan aib diri
adalah bencana hidup yang sebesar-besarnya. Sebab kalau tidak tahu
atau lengah dari aib kita sendiri, tidaklah timbul usaha
untuk membongkar uratnya. Bertambah lama dia bertambah tumbuh
di dalam jiwa, maka meranalah jiwa,
laksana limau yang dikalahkan benalu.

16) Orang yang berakal pergi ke medan perang dengan senjata.
Berbantah dan bertukar fikiran dengan cukup alasan.
Berlawan dengan kekuatan. Kerana dengan akallah tercapai hidup,
dengan budi teranglah hari, dengan fikiran tercapailah maksud, dengan ilu ditaklukkan dunia.

17) Orang yang berakal pandai membandingkan yang belum ada
dengan yang telah ada, yang belum didengar dengan yang telah didengar.
Umurnya yang ada dibandingkan dengan yang telah pergi.
Yang belum tercapai dengan yang telah tercapai.
Segala pekerjaan tidaklah diukurnya dengan wang atau emas bertahil.
Sebab harta datang dan pergi, mendahului kita, atau didahului.
Tetapi akal terap dan bekasnya kekal,
walaupun badan tubuh masuk ke liang lahad.
Orang berakal hidup buat masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri.


Empat saat yang selalu diawasi oleh manusia yang berakal.Biar pun dia sibuk dengan urusan-urusan yang lain tetapi tidak sekali-kali manusia lalai dengan empat perkara ini:

1. Saat untuk menyembahkan hajat kepada Tuhannya.
2. Saat untuk menilik dan menilai diri sendiri.
3. Saat untuk membuka rahsia dirinya kepada sahabatnya yang setia,menyatakan aib-aib dan kelemahan supaya dapat ditegur dan diperbetulkan oleh sahabat setia itu dengan terus terang.
4. Saat untuk bersunyi-sunyi dan bersendirian. Duduk bersoal jawab dengan dirinya menanyakan mana yang baik dan mana yg indah,mana yang sesuai dan mana yang tidak...

Tiada ulasan: