Al Insan: Negara Islam Sebenar

Selasa, 21 April 2009

Negara Islam Sebenar


Segala puji hanyalah milik Allah yang telah mempertautkan hati kaum mukminin dan
menganjurkan mereka supaya bersatu padu dan saling berhimpun serta memperingatkan dari perpecahan dan perselisihan. Saya bersaksi bahwa tiada sembahan yang haq untuk
disembah melainkan hanyalah Allah semata yang tidak memiliki sekutu. Dialah yang mensyariatkan dan memudahkan, dan Dia terhadap kaum mukminin adalah sangat penyantun.
Saya juga bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, yang diperintahkan dengan kemudahan dan berita gembira. Beliau bersabda :

يسروا لا تعسروا، وبشروا ولا تنفروا
”Permudahlah dan janganlah kamu persulit, berikanlah khabar gembira dan janganlah membuat orang lari (dari kebenaran).”


Ya Allah tunjukilah diriku, tunjukkan (kebenaran) untukku dan tunjukilah daku. Ya Allah sucikanlah hatiku dari rasa dengki dan luruskan lisanku dalam menyampaikan kebenaran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menyesatkan (orang lain) dan disesatkan, dari menggelincirkan(orang lain) dan digelincirkan, atau menzhalimi dan dizhalimi,atau membodohi dan dibodohi.

”Dan tidaklah layak bagi orang Mukmin laki-laki maupun bagi orang Mukmin perempuan, jika Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) dalam urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.”
(Q.s. al-Ahzab [33]: 36)


Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam sebgaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama’ berdasarkan kepada Al-Qur’an dan AsSunnah adalah:-

Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.

Firman Allah swt:-

“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”. (Surah Ali Imran ayat 83)

Istilah Islam sebenar tidak boleh lari dari apa yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Negara Islam yang ulung ditubuhkan di Madinah dalam tahun 623M bersamaan dengan tahun ke 2H. Negara Islam Madinah adalah contoh benar yang perlu difahami dan dihayati maknanya. Dalam hubungan ini Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab, ayat 21, mafhumnya:

"Sesungguhnya telah ada pada perbuatan Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik bagimu..."

Sebagai muslim, tiada contoh yang lebih baik dalam lapangan kehidupan melainkan yang diambil dan ditiru dari perbuatan Rasulullah. Dalam hal ketatanegaraan, Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh seperti yang diperintah kepadanya oleh Allah SWT. Dengan sifat-sifatnya yang jelas seperti yang ditunjukkan dalam Surah al-Hajj, ayat 41 yang mahfumnya:

"Orang-orang yang Kami perteguhkan kedudukan mereka di muka bumi (pemerintah Negara Islam), mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari perbuatan mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan (berserah dan bertawakkal)."

Ayat ini, jika dirujukkan kepada tafsir al-Quran yang muktabar, diberi pengertian yang mendalam dengan merujuk kepada makna yang falsafah di setiap perkataan ayat itu.
Rasulullah SAW pula ketika ditanya oleh Jibrail tentang Islam lalu baginda menjawab yang bermaksud

"…Islam adalah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa ramadhan serta menunaikan haji sekiranya ada kemampuan"(Surah Al Maidah Ayat ;3)

Namun demikan rata-rata hari ini Islam hanya difahami dalam bentuk perkara ibadat khusus sahaja terutama menyentuh persoalan yang terdiri dari rukun yang lima. Sesungguhnya satu kesilapan yang besar kepada sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Islam itu hanya terdiri dari rukun yang lima sahaja. Bahkan Islam lebih luas dari itu yang mencakupi segenap bidang aqidah, syariah, akhlaq, muamalah,siasah serta ibadah. Bagi menjelaskan dan memudahkan untuk mendapat gambaran konsep dan pengertian Islam yang sebenarnya maka dipetik beberapa pentakrifan dan pengertian yang diberikan oleh para ulama Islam antaranya,Negara Islam mestilah menyanjung perintah Allah dengan sebaik mungkin. Mengeluarkan zakat diertikan dengan penjagaan rakyat sebaik mungkin dengan mengajak mereka mentaati perintah Allah, mencegah dari melakukan syirik dan perkara-perkara kejahatan. Ia juga bertujuan untuk menjaga kepentingan masyarakat bawahan untuk mengatasi masalah mereka kerana falsafah zakat adalah jelas seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, "Ambillah dari mereka yang berada (kaya) untuk dibahagikan kepada golongan yang tidak berada (susah). Kerana itulah Saidina Abu Bakar as-Siddiq, memandang serius masalah zakat ini, sehingga semasa beliau memerangi mereka yang enggan membayar zakat sehingga mereka tunduk semula kepada hukum Allah. Ini adalah keperluan dan kemaslahatan ummah yang wajib dijaga dengan sebaik-baiknya.
Seterusnya, pemerintah Islam hendaklah menegak yang maaruf dan membasmi yang mungkar. Apalah ertinya Negara Islam jika pemerintahnya asyik memerangi yang maaruf dan menegakkan yang mungkar.
Perkara maaruf yang jelas ialah seperti melaksanakan hukum-hukum Allah, seperti yang terkandung dalam hukum hudud, qisas, takzir dan sebagainya.
Hukum menutup aurat tidak boleh dipandang ringan dan remeh seperti yang ditunjukkan Allah(dalam Surah an-Nur ayat:31), dan telah dilaksanakan oleh baginda Rasullah dengan sepenuhnya.
Perkara mungkar adalah jelas seperti arak, judi, pembinaan tugu, tenung nasib, adalah di antara yang nyata mungkarnya berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat:90. Semuanya wajib dibasmikan termasuk mungkar-mungkar lain.
Bagaimana boleh wujud dalam Negara Islam perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan hukum Allah, bolehkan Negara Islam mempertahankan hal-hal yang sedemikian yang seolah-olah mencabar hukum Allah, atau sekurang-kurangnya melawan hukum Allah dengan keengganan mematuhinya. Menentang dan melawan hukum Allah, telah dijelaskan hukumnya oleh Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 63 yang mafhumnya:

"Tidakkan mereka mengetahui bahawa mereka yang menentang hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya neraka Jahanam lah tempat balasan, mereka kekal abadi di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang amat besar."

Negara Islam adalah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT, menyanjung dan melaksanakan hukum-hukum Allah dan mencari jalan sebaik mungkin dengan menyakinkan semua pihak muslim dan non-muslim bahawa syariat Allah adalah untuk kebaikan insan sejagat.

" Apa (yang kamu bawa) ini, bukankah aku telah membawa (al-kitab) yang jelas dan jernih? kalau sahaja saudara ku musa as hidup pada zamanku tentu dia tidak akan bersusah melainkan mengikuti-ku"(HR. Ahmad dan Al-bazar)

Dan firman Allah lagi..

"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat":

"Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)."


Surah Al Hashr, ayat; 7

Tiada ulasan: