Al Insan

Ahad, 25 Jun 2017

HADIS DHAIF



Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid bin Ziyad dari Hajjaj bin Arthah dari Abu Mathar dari Salim bin Abdullah bin Umar dari ayahnya bahwa Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam apabila mendengar suara halilintar atau petir beliau mengucapkan: "ALLAAHUMMA LAA TAQTULNAA BIGHADHABIKA WA LAA TUHLIKNAA BI'ADZAABIKA WA 'AAFINAA QABLA DZAALIK" (Ya Allah, janganlah Engkau bunuh kami dengan kemarahanMu, dan janganlah Engkau binasakan kami dengan adzabMu dan ampunilah kami sebelum itu). Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini.

(HR tirmidzi 3372 Dhaif)

SAAT WAFATNYA NABI SAW umati umati?



Tibalah saat terakhir kehidupan Rasulullah SAW dengan Aisyah menyandarkan Baginda SAW ke ribaannya. Dalam hal ini, Aisyah berkata: “Antara nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepadaku ialah Rasulullah SAW wafat di dalam rumahku semasa giliranku dan dirangkulanku antara leher dan dadaku. Dan Allah SWT telah mengumpulkan air liurku dan air liur Baginda SAW ketika kewafatan Baginda SAW.” Abdulrahman bin Abu Bakar pun masuk dengan ditangannya kayu sugi dan ketika aku sedang meriba Rasulullah SAW. Baginda SAW memandang ke arah Abdulrahman dan aku menyedari bahawa Baginda SAW ingin kayu sugi tersebut. Aku pun bertanya kepada Baginda SAW: “Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?.” Baginda SAW mengisyaratkan dengan kepalanya tanda setuju. Lalu aku hulurkankayu sugi tersebut tetapi ia kelihatan keras. Aku pun berkata: “Mahukah aku lembutkannya untukmu?.” Baginda SAW mengisyaratkan dengan kepalanya tanda setuju, lalu aku melembutkannya dan Baginda memerintahkan untuk disugi. Di dalam satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Baginda SAW bersugi dengan cara yang lebih baik berbanding sebelum daripada ini. Ketika itu, dihadapan Baginda SAW ada sebekas kecil berisi air. Baginda SAW mencelupkan tangannya di dalam bekas air tersebut, lalu menyapunya di muka sambil berkata: “Tidak ada Tuhan selain daripada Allah, sesungguhnya bagi kematian itu kesakitan-kesakitan.”

Sebaik sahaja selesai bersugi Baginda SAW mengangkat tangannya atau jarinya serta mendongak ke bumbung sambil bibirnya bergerak. Aisyah R.anha merapatkan telinganya kerana ingin mendengar apa yang diucapkan oleh Baginda SAW:

مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي، وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى

Maksudnya: “Bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka daripada kalangan para nabi, orang-orang benar (orang yang beriman), orang-orang syahid dan orang-orang soleh. Ya Allah, ampunilah aku dan rahmatilah aku serta pertemukan aku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi.”

Baginda SAW mengulangi kalimah akhir tersebut sebanyak tiga kali, kemudian tangan Baginda SAW terkulai layu dan Baginda SAW pun pergi mengadap Kekasih Yang Tertinggi.”

[Lihat: al-Rahiq al-Makhtum, 430-432]

hadis dari Aisyah R.anha iaitu ucapan Nabi SAW yang terakhir sebelum Baginda SAW wafat adalah “اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Ya Allah, Kekasih Yang Tertinggi)”. Ini kerana, hadith atau riwayat tersebut disepakati oleh Imam al-bukhari dan Imam Muslim bahawa itu adalah ucapan Nabi SAW. Tambahan pula, ucapan tersebut diceritakan oleh Aisyah R.anha yang mana Nabi SAW wafat di rumah dan di pangkuannya. Justeru itu, beliaulah yang lebih layak untuk menceritakan perkara seperti ini. Selain itu, dikatakan ucapan Nabi SAW yang terakhir adalah “umatku, umatku”, perkara ini adalah tidak benar sama sekali.

Daripada Mu’az bin Jabal, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ucapan terakhirnya “لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tidak ada Tuhan melainkan daripada Allah).” [Riwayat Abu Daud (3116)][sanadnya adalah hasan menurut Imam al-Nawawi]


Wallahua’lam

Jumaat, 9 Oktober 2015

SUNNAH HARI JUMAAT



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya Allahُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

َ

Sabtu, 26 September 2015

KEWAJIPAN SHOLAT

Dari Jabir, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “(Yang membezakan) antara seseorang dan kekufuran adalah meninggalkan shalat”. [HR. Jama’ah, kecuali Bukhari dan Nasai, dalam Nailul Authar juz 1, hal. 340]

Dalam sebuah hadis menerangkan bahwa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Barangsiapa yang mengabaikan / Meninggalkan shalat maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 azab yang pedih bagi hambaNYA.

Tiga darinya akan dirasakan semasa di dunia ini antaranya :

Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.

Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

#Tiga macam bahaya lagi adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.

Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

#Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :

Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.

Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

#Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.

Allah S.W.T sangat murka kepadanya.

Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.


Dari Buraidah RA, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Perjanjian antara kami dan mereka adalah shalat, maka barangsiapa meninggalkannya, maka sungguh ia telah kufur”. [HR. Khamsah, dalam Nailul Authar juz 1, hal. 343]

IJMAK 4 IMAM MAZHAB mencukur JANGGUT



HARAM hukumnya :

Berkata Imam Ibn Hazm al-Andalusi : "Telah sepakat para imam, bahawa mencukur janggut adalah perbuatan keji, tidak dibolehkan" (al-Muhalla)

MAZHAB SYAFI'I
Imam Syafi’i rahimahullah dalam kitab al-Umm menegaskan bahawa, “Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa ‘illah (iaitu pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi).”

Berkata Ibn Rif’ah rahimahullah dalam Hasyiah al-Kaafiyah “Sesungguhnya Imam as-Syafi’i rahimahullah telah menjelaskan dalam al-Umm keharaman mencukur janggut.”
Menurut fatwa Imam al-Ghazali dan Imam Nawawi rahimahullah bahawa “Mencukur janggut itu perbuatan mungkar dan dosa besar (kerana mencukurnya adalah perbuatan haram).”

Dari Ibn Umar radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu." (HR Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, jangan kamu menyerupai Yahudi dan Nasrani."
(HR Ahmad)

Dari Ibn Umar radhiyallahu 'anhu berkata bahawa Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut. (HR Muslim)

MAZHAB HANAFI
Menurut mazhab Hanafi bahawa “Dilarang (diharamkan) bagi lelaki mencukur janggutnya… iaitu memotong janggut kurang dari segenggam. Mencukur janggut sepenuhnya telah dilakukan oleh Yahudi dan Majusi.” (Durr al-Mukhtar)

Allamah Ibn Abidin rahimahullah berkata; “Diharamkan bagi lelaki mencukur janggutnya.” (Radd al-Mukhtar)

MAZHAB MALIKI
Ulama Maliki menyatakan bahawa “Mencukur janggut adalah diharamkan kerana mencukurnya adalah perbuatan keji. Tapi jika ia semakin besar, dan jika memotong tidak dilihat sebagai mencukurnya, maka ia boleh dipotong (trim), tapi ia dikira makruh dan bertentangan dengan apa yang lebih baik.” (Sharh al-Risalah)

Al-‘Adwi rahimahullah berkata; “Diriwayatkan dari Imam Malik rahimahullah bahawa beliau tidak menyukai perbuatan mencukur apa-apa yang di bawah rahang, sehingga ia berkata, ‘Ia adalah perbuatan Majusi.’ Dan diharamkan mencukur helaian-helaian janggut” (ibid)

Ibn ‘Abd al-Barr rahimahullah berkata; “Diharamkan mencukur janggut, ia tidak dilakukan melainkan lelaki yang menyerupai perempuan.” (At-Tahmid)

MAZHAB HAMBALI
Mazhab Hambali bersetuju tanpa kecuali bahawa diharam mencukur janggut (Al-Insaf, Sharh al-Muntaha).
Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan; “Diharamkan mencukur janggut.” Beliau menambah “Disebabkan hadis-hadis yang sahih, diharamkan mencukur janggut dan tidak ada siapa yang pernah membenarkannya.”

As-Saffarini rahimahullah berkata; “Adalah disepakati dalam mazhab kami (Hambali) bahawa diharamkan mencukur janggut.” (Ghitha al-Albab)

Maka jelas IJMAK imam-imam muktabar haramnya mencukur janggut.
Ramai yg bercakap pasal agama sedangkan anda tak buat tuntutan agama Islam dan sunnah Nabi SAW.
Apa yang kata-kata nabi s.a.w mereka seolah-olah ambil mudah dan ada yang tak akur dan tak percaya. Apa yang nabi shallallahu 'alaihi wa sallam adalah menurut perintah Pencipta segala makhluk. Pencipta sahaja yang tahu akan kebaikan untuk makhlukNya.
Apa yang nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pesan mereka ambil mudah sahaja.


Share dan sebarkan peringatan ini.

Jumaat, 25 September 2015

RENUNGAN



Sedikitnya kasih sayang kita pada Rasullullah SAW untuk laksanakan sunnah baginda,bergitu banyak dalih alasan untuk tidak melakukkannya, beratnya hati kita nak menyimpan segemgam janggut, susahnya kita nak memakai kopiah di kepala, sukarnya kita nak kenakan seluar yg singkat tak melepasi buku lali. Inikan berjubah dan berserban.. Malukah kita?

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah (sunnah/petunjuk)ku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS Ali ‘Imran:31).

Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat ini berkata, “Ayat yang mulia ini merupakan hakim (pemutus perkara) bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah, akan tetapi dia tidak mengikuti jalan (sunnah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka dia adalah orang yang berdusta dalam pengakuan tersebut dalam masalah ini, sampai dia mau mengikuti syariat dan agama (yang dibawa oleh) Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam semua ucapan, perbuatan dan keadaannya”

Kedudukan dan Keutamaan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam Islam

Sunnah Rasulullah SAW, yang berarti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, baik ucapan, perbuatan maupun penetapan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, memiliki kedudukan yang sangat agung dalam Islam, karena Allah Ta’ala sendiri yang memuji semua perbuatan dan tingkah laku Rasulullah, dalam firman-Nya,

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak/tingkah laku yang agung” (QS al-Qalam:4).

Demikian pula dalam firman-Nya Ta’ala,

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS al-Ahzaab:21).

Kerana agung dan mulianya kedudukan sunnah inilah, sehingga Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun

Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata, “Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia), maka bersabarlah wahai para pencinta sunnah, karena sesungguhnya kalian adalah orang yang paling sedikit jumlahnya.

Oleh karena itulah, para ulama Ahlus sunnah sangat mengagungkan dan memuji orang yang semangat menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dengan pujian yang setinggi-tingginya.

Setelah kita memahami besarnya keutamaan menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan semangatnya para ulama Ahlus sunnah dalam mengamalkannya, maka masihkah kita ragu untuk mengambil bagian dari keutamaan dan kemuliaan yang agung ini? Tidakkah kita ingin meraih keutamaan yang lebih besar lagi di akhirat nanti, yaitu dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi pemimpin dan imam yang akan membela kita dihadapan Allah Ta’ala ketika kita mengahadap-Nya nanti?

Salah seorang ulama Ahlus sunnah, Zakaria bin ‘Adi bin Shalt bin Bistam, ketika beliau ditanya, “Alangkah besarnya semangatmu untuk (mempelajari dan mengamalkan) hadits (sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam), (apa sebabnya?)”. Beliau menjawab, “Apakah aku tidak ingin (pada hari kiamat nanti) masuk ke dalam iring-iringan (rombongan) keluarga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam?

Semoga Allah sentiasa melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua untuk selalu berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai di akhir hayat kita, amin.


#Ya Allah, wafatkanlah kami di atas agama Islam dan di atas sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam[

Khamis, 24 September 2015

Doa dan Renungan buat Sahabat.



Ya Allah...
Sempena Hari Arafah yg penuh dengan barakah dan keberkatan dlm berdoa ini kami menadah kedua tangan bagi memohon KeredhoanMu Ya Allah...                       
Ya الله , kami bermohon ke Hadrat-Mu, berilah Kekuatan, Taufik dan Hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami.
 
Ya Allah kami memohon kepada-Mu Ya الله , berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat.

Ya Allah murahkan rezeki kami dan berilah kami rezeki yang halal.

Ya Allah berilah kami anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab dan hajat yang tertunai.

Ya Allah berilah kesihatan yang berterusan,  keselamatan dan kesejahteraan di Dunia dan Akhirat.

Ya الله kami memohon kepada Engkau agar kami dijauhkan dari segala mala petaka yang mungkin akan menimpa kami dan orang-orang tersayang kami.

Ya الله kurniakanlah pada kami kejayaan dunia akhirat dan selamatkan kami dari Api Neraka.

Ya الله masukkanlah kami dan keluarga kami dalam golongan orang-orang yang Beriman.

Ya الله , kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati.

Ya الله izinkan kami mengucapkan Dua Kalimah Syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir kami.

Ya الله , satukan kami dalam Syurga Firdaus Mu dengan orang-orang yang kami sayangi semata-mata kerana Mu Ya الله .

Ya الله selamatkan kami daripada kejahatan dan kemungkaran.

Ya الله terimalah Amalan Baik kami dan tingkatkan Pahala dan Rahmat Mu untuk kami.

Ya الله Ampunkan Dosa-dosa kami dengan sepenuhnya dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari perhitungan nanti.

Ya الله kurniakan kepada kami, ibu bapa kami,  keluarga dan anak-anak isteri kami bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

Ya الله , masukkan kami dalam golongan  orang yang Engkau lindingi, mendapat Pengampunan Mu dan mendapat Naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

Ya الله janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami keatas keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

Ya الله tingkatkanlah kecintaan kami kepada Mu dan kepada Nabi Mu Muhammad SAW.

Ya الله , tingkatkanlah usaha kami dan penuhilah usia kami dengan kerja-kerja Sadakatul Jariah kami.

Ya الله, berkati hidup kami dengan kesihatan yang baik, agar kami dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga ke akhir hayat kami.

Ya الله selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

Ya الله selamatkan kami semua dari Kufur, Putus Asa, Salah laku dan Syirik.
Ya الله tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.

Ya الله berkatilah kehidupan kami di Dunia dan di Akhirat dan masukkan kami ke dalam Syurga Mu. َ
َ
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di SyurgaMu
Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghoffar ampunkanlah Dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian Muslimin Muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
🔻Kisah benar tentang Qurban Idul Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati² yang tidak berapa lembut ini..

Kisah seorang anak & ibunya yang sudah tua & uzur bersama seorang pedagang binatang Qurban..

Alkisah diceritakan oleh seorang pedagang binatang qurban tentang pengalamannya:

Suatu hari seorang ibu di usia awal 40an datang perhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

“Silakan ibu…”,
Lalu ibu tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ya..kalau yang itu berapa Pak?”.

“Yang itu RM700 ibu,”
Jawab saya ringkas.
“Berapa Harga terendah?”,
Tanya kembali si ibu.

“RM600, harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…

“Tapi, wang saya cuma ada RM500 saja,
boleh Pak?”, pintanya.
Aduh.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman & saya pun bersetuju walaupun tidak untung..

Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada ibu tersebut.

Saya pun menghantar kambing Qurban tersebut sampai ke rumahnya.
Sebaik sahaja tiba di rumahnya, lalu saya terkejut.

Astaghfirullah……
Allahu Akbar…
Terasa menggigil seluruh Muhasabah kerana melihatkan keadaan rumah ibu itu yang sangat uzur.

Rupa²nya ibu itu hanya tinggal bertiga dengan ibunya & anak lelakinya yang masih kecil di rumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun ada tilam, kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik.

Dilihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar & bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik & terhalang dari pandangan.

Di atas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak..
Tengok ni, saya bawakan apa di rumah ini?”, kata ibu itu pada seorang nenek yang tidur & akhirnya terbangun.

“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk dibuat Qurban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya mak….”, kata ibu itu dengan wajah penuh keceriaan & puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berQurban”.

“Ini Pak, wangnya, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha kumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….”, kata ibu tadi.

Kaki ini bergetar..
Hati terasa sebak..
Dada terasa sesak..
Sambil menahan titisan air mata, saya berdoa..

“Ya Allah…,
Ampuni dosa hambaMU ini,..Aku malu berhadapan dengan hambaMU yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya imannya. Ibu ini begitu luar biasa”.

“Pak... ini ada sedikit wang upah kerana menghantar kambing ini ke rumah…”, panggil ibu itu,”
Saya tidak melihatnya & tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..

"Sudah ibu, biarkan kos hantar saya yang bayar" dengan wajah yang malu & sayu.

Saya cepat² pergi sebelum ibu itu tersedar yang mata ini sudah berair kerana tidak sanggup mendapat teguran dari ALLAH yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan & menggembirakan orang tuanya..
Masyaallah..
Allahu Akbar..

Untuk menjadi mulia ternyata...tidak perlukan harta berlimpah & berjuta².

Tidak juga perlu punyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Tun..tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, Menteri, Ketua Pengarah atau pun Mufti..tidak juga perlu punya kuasa mutlak & pengaruh yang dibeli dengan wang ringgit...

Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari si ibu tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.

Berapa ramai di antara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan..., namun masih ada sahaja keengganan & pelbagai halangan untuk berkorban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah...

Kalau pun bukan harta dan wang ringgit,  Sekurang²nya masa & tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..

Ramai dari kita termasuk saya.. masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung.. masih khuatir simpanan akan berkurangan & habis di berikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli hp mahal, jam tangan & beg berjenama, atau pelbagai  aksesoris yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan dgn harga seekor haiwan Qurban atau pun sebahagian 1/7 darinya.

Kenapa kita rasa sprti tidak mampu, atau masih lagi suka tangguhkan melakukan perkara² & kerja² kebajikan & amal soleh.?

Hakikat sebenarnya..
Kita mampu... kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..Kita mampu melanggani Astro, Mio, Singtel atau Starhub, kita mampu melancong ke dalam & luar negara.. Kita mampu makan makanan yang mahal² di restoran & hotel yang mewah.

Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah & ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu Qurban....

Namun sering kita sembunyi di sebalik kata "TIDAK MAMPU"  ini. Terimalah hakikat & kenyataan ini..



#Gambar waktu kecik di Depo FRU Johor

Rabu, 26 Ogos 2015

TANDA KEMATIAN MULIA

16 tanda kematian mulia

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)."
(An Nur :24)


Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Selasa, 25 Ogos 2015

ISTIMA' MALAYSIA. 2SEP 2015


Misi menghimpunkan org islam seramai 5ribu org dgn pengisian rohani dari para ilmuan dan Ulama islam dari subuh hingga ke isyak. Sesiapa yg ada kesempatan boleh datang solat dan mendengar kuliah agama dan ceramah.

Membangun bersama islam.

Sabtu, 22 Ogos 2015

FIKIRKANLAH

BERKAT DAN IMAN.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Al-Ankabut : 2-3)

Tiada yang akan dibiarkan Allah sekadar mengatakan kami telah beriman, sebelum ia diuji. konsekuensi iman adalah ujian. Dalam syurga ada tingkatan-tingkatan. Dan untuk menempatkan makhlukNya, Allah memberikan ujian-ujian. Dan sungguh kita tak sendiri. Orang-orang sebelum kita pun telah diuji, maka  Allah memiliki hujjah atas orang-orang yang berjihad dan bersabar.

Mengapa ujian terasa begitu berat? Yang pasti, Ia tak membebani hambaNya di luar kesanggupannya. Tetapi, jangan salah mengertikan. Kalau ujian itu hadir untuk kita, artinya Allah maha Tahu bahawa kita mampu menanggungnya. Selebihnya, adalah soal kemauan untuk menghadapi dan  bukannya melarikan diri. Kesungguhan untuk mengatasi dan bukannya bertiarap. Meski, rasa manusiawi adalah kewajaran.


Di saat apapun, barakah itu membawakan kebahagiaan. Sebuah kenikmatan dan  kegembiraan di hati, kelapangan dada, kejernihan akal, dan rasa nikmat di jasad. Barakah itu memberi  suasana lain dan mencurahkan keceriaan musim semi, apa pun masalah yang sedang membadai rumahtangga kita. Barakah itu membawakan senyum meski air mata menitik-nitik. Barakah itu menyerapkan kerindu di tengah kejengkelan. Barakah itu menyediakan dakapan dan belaian lembut di saat dada kita sesak oleh masalah.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah



Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka.

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Barang siapa yang Allah kehendaki kebajikan nescaya Allah beri faham tentang agama.

Khamis, 20 Ogos 2015

Tahukah ANDA? Undang undang islam iaitu Hudud,takzir,qisas dan diyat telah di laksanakan di tanah melayu?



Undang undang islam iaitu Hudud,takzir,qisas dan diyat telah di laksanakan di tanah melayu sebelum kedatangan penjajah british. Mungkin ada yg masih ingat cerita sumpah semerah padi. ;-)

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan mempunyai hak membuat pilihan sendiri dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul telah membuat sesuatu keputusan. Siapa yang tidak mematuhi hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya bererti ia telah terjerumus dan kesesatan yang amat nyata.’’ (al-Ahzab : 36)

Menurut prinsip keimanan dan aqidah Islamiah, setiap Muslim dan Muslimah wajib mempertahan dan membela agamanya, dan konsep membela agama tidak hanya terbatas dalam erti kata mengamal dan mempertahankan peraturan-peraturan ibadat, peraturan nikah cerai dan peratuan muamalah sahaja, malah merangkumi usaha mempertahankan konsep-konsep pemerintahan, pentadbiran dan kehakiman yang telah digariskan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dan antaranya ialah hukum hudud yang dipertikaikan sekarang ini.

Mana-mana Muslim dan Muslimah yang tidak sanggup mempertahankan kesucian hukum hudud atau merasa keberatan untuk menganggap hukum hudud sebagai hukum-hukum Allah Taala yang wajib dipatuhi atau bertindak liar dengan mempertikaikan hukum hudud atau mempersenda-sendakan hukum hudud atau menyifatkan hukum hudud sebagai undang-undang barbarik, kejam dan tidak berperikemanusiaan, maka bererti ia tidak sanggup menjunjung hukum Allah SWT dan secara Nyata dan terbuka telah menentang al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dan setiap mereka yang tergolong dalam kategori orang-orang yang menentang al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW secara langsung adalah tergolong di dalam kumpulan manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.Hukum hudud merupakan sebahagian dari kanun jenayah Islam dan kanun jenayah Islam merupakan sebahagian dari syariaat Allah SWT yang wajib dijunjung, diamal, dan dipertahankan oleh setiap Muslimin dan Muslimat.

Khamis, 25 Jun 2015

Ancaman Meninggalkan Shalat Berjamaah bagi kaum Lelaki.


Walaupun ramai di antara kita mengatakan Shalat berjemaah hanya sunnat ,TETAPI kebanyakkan Hadis meriwayatkan kepentingan Shalat berjemaah sehingga hampir hampir menjadi WAJIB.

Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah saw bersabda “ Barangsiapa mendengar seruan adzan, tetapi tidak memenuhinya tanpa suatu uzur, maka shalatnya yang dikerjakannya tidak akan diterima.” Para sahabat bertanya “Apakah uzur-nya?” Beliau saw. menjawqab, “Ketakutan atau sakit.”(Hr. Abu Dawud, Ibnu Hibban dan Ibnu Mjah-at Targhib)

Maksud dari “ Shalatnya tidak diterima” adalah dia tidak akan memperoleh pahala dari shalat yang dikerjakannya, walaupun kewajibannya telah ditunaikan. Dengan kata lain, dia tidak akan memperoleh kemuliaan dan kehormatan yang seharusnya dia terima. Ini adalah menurut para imam kita. Sedangkan para sahabat dan sebagian tabiin mengatakan bahwa meninggalkan shalat berjamaah tanpa alasan yang kuat adalah haram hukumnya. Jadi, shalat berjamaah hukumnya wajib, sehingga banyak ulama yang mengatakan bahwa meninggalkan shalat berjamaah, shalatnya tidak sah.
Imam Hanafi rah.a mengatakan , meskipun shalatnya sah namun dia tetap berdosa karena meninggalkan berjamaah. Ibnu Abbas r.a berkata bahwa orang yang seperti itu berdosa karena mengingkari Allah swt. Ibnu Abbas juga berkata, “Barangsiapa mendengar azan, tetapi tidak melaksanakan shalat berjamaah, maka dia tidak menghendaki kebaikan dan tidak mau diberikan kebaikan.

” Abu Hurairah r.a berkata “Barangsiapa yang mendengar suara azan, tetapi tidak shalat berjamaah, maka lebih baik dituangkan cairan timah yang mendidih kedalam telinganya.

Mu'adz bin Anas r.a berkata, Rasulullah saw bersabda “Kebatilan diatas kebatilan, kekufuran dan kemunafikan, yaitu orang yang mendengar panggilan muadzin untuk mendirikan shalat namun dia tidak memenuhinya.” (Hr.Ahmad & Thabrani-at Targhib).

Betapa kerasnya ancaman dalam hadits ini, sehingga perbuatan seperti ini digolongkan kepada perbuatan orang-orang kafir dan munafik. Sebenarnya umat islam tidak boleh dan dilarang melakukan perbuatan seperti itu. Dalam hadits lain dikatakan ,” Jika seseorang mendengar seruan adzan tetapi tidak melaksanakan shalat berjamaah, maka dia sesuai untuk mendapatkan kerugian dan keburukan.

Sulaiman bin Abi Hatsmah r.a adalah seorang sahabat yang disegani. Beliau dilahirkan sebelum Rasulullah saw wafat. Tetapi ketika itu beliau terlalu muda untuk mendapat meriwayatkan hadits-hadits Rasulullah saw . Ketika Sayyidina Umar Bin Khaththab r.a menjadi khalifah, beliau ditugaskan untuk menjaga pasar. Pada suatu hari , Umar al Faruq tidak melihatnya dalam shalat shubuh berjamaah. Umar r.a segera pergi ke rumahnya dan bertanya kepada ibunya, “Mengapa Sulaiman tidak menyertai shalat shalat shubuh?” Ibunya menjawab, “Sulaiman melaksanakan sunat panjang malam,sehingga dia tertidur pada waktu shubuh. “ Lalu Umar berkata, “Aku lebih menyukai shalat shubuh berjamaah daripada shalat sunat sepanjang malam.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “Sungguh saya ingin memerintahkan pada para pemuda untuk mengumpulkan kayu bakar yang banyak , kemudian saya akan mendatangi orang-orang yang shalat dirumahnya tanpa uzur, dan saya bakar rumah-rumah mereka.” (Hr. Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah & Tirmidzi)

Kasih sayang Rasulullah saw sangat besar kepada umatnya sehingga beliau tidak senang hati apabila umatnya mengalami kesusahan. Tetapi beliau sangat marah sehingga ingin membakar rumah orang-orang yang shalat fardhu di rumahnya, padahal suara azan terdengar dari tempatnya tinggal mereka.

Abu Darda r.a berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah terdapat tiga orang dalam satu kampung atau satu pedalaman, dan mereka tidak melaksanakan shalat berjamaah, kecuali syaitan menguasai mereka. Maka hendaklah kalian berjamaah, karena sesungguhnya seekor serigala akan memakan keldai yang terpisah dari kumpulannya.” (Hr.Ahmad, Abu Dawud, Nasa'i, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban & Hakim-at Targhib)

hadits ini menunjukkan, orang yang sibuk bekerja sekalipun, hendaklah melaksanakan shalat berjamaah jika terdapat tiga orang atau lebih , bahkan walaupun hanya ada dua orang . Akan tetapi kebanyakkan yg bekerja umumnya tidak melaksanakan shalat dengan alasan berbagai. Dan yang memahami agamapun masih shalat sendirian .Padahal seandainya para petani berkumpul disuatu tempat, tentu akan terbentuk suatu jamaah yang lebih besar, dengan demikian akan mendatangkan pahala yang lebih besar pula.
Hanya untuk mendapatkan sedikit wang, mereka rela bersusah payah tanpa menghiraukan panas, hujan dan sebagainya, dan rela melepaskan pahala yang besar tanpa ada rasa penyesalan sedikitpun . Jika mereka melaksanakan shalat berjamaah walaupun ditengah hutan, maka akan mendatangkan pahala yang sangat banyak. Disebutkan dalam hadits, bahwa pahalanya adalah 50 derajat pahala shalat.
Sebuah hadits menyatakan, “Jika seorang pengembala kambing di gunung atau hutan mengumandangkan adzan dan melaksanakan shalat maka Allah swt sangat mencintainya dan dengan bangga berfirman kepada para malaikat,
'Lihatlah hamba-Ku ini. Dia mengumandangkan adzan lalu mendirikan shalat. Semua ini dilakukannya semata-mata karena takwanya kepada-Ku. Aku mengampuninya dan menjanjikannya untuknya tempat dalam surga.”

Dari Ibnu Abbas r.a sesungguhnya seseorang bertanya kepadanya tentang orang yang berpuasa sepanjang hari dan mendirikan shalat sunat sepanjang malam, tetapi dia tidak pergi kemasjid untuk shalat berjamaah dan shalat Jumat. Ibnu Abbas r.a menjawab, “Dia adalah penghuni Neraka Jahanam.” (Tirmidzi-at targhib)

Orang-orang seperti ini, karena dia seorang muslim suatu saat akan dibebaskan dari neraka, kemudian dimasukkan kedalam Surga. Tetapi siapa yang tahu berapa lama dia akan disiksa didalm neraka?
Banyak ahli sufi dan para syeikh yang sangat mementingkan dzikir dan shalat sunat serta menganggapnya sebagai suatu amal saleh, tetapi mereka tidak melaksanakan shalat berjamaah. Hendaknya diingatkan bahwa tidak ada orang yang dapat mencapai darjat kesalehan kecuali dengan mematuhi amalan-amalan kekasih kita, Nabi Muhammad saw.

Diriwayatkan dalam sebuah hadits bahwa Allah swt mengutuk tiga golongan manusia , yaitu :
1) seorang imam yang dibenci oleh makmumnya dengan alasan yang masuk akal
2) seorang wanita yang dimurkai oleh suaminya dan
3) seorang yang mendengar suara adzan tetapi tidak pergi ke masjid untuk melaksanakan shalat berjamaah.


Wallahu a'lam bish shawab

Ayat yg selalu di ulang.. BENARKAH?

Ayat seringkali dengardari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya bagi mencipta pelbagai Alasan:

1) "Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
2) "Orang yang solat belum tentu baik."
3) "Orang berpuasa belum tentu sembahyang."
4) "Wanita yang tutup aurat belum tentu baik."
5) " alaa sunnah ni sunat jer.. Tak buat pon tak apa"

 Kenyataannya adalah:

1) Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
2) Orang yang baik tentu akan solat.
3) Orang yang solat sudah tentu berpuasa.
4) Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.

5) Orang yg memberatkan sunnah dah tentu orang yang elok amalan wajibnya.

KOLEKSI HADIS RASULULLAH SAW TENTANG WANITA



1)Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

2)Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

3)Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

4)Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

5)Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

6)Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

7)Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

8)Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

9)Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani)

10)"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

11)Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

12)Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

13)Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

14)Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

15)Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

16)Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

17)Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

18)Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)


19)Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)

Rabu, 25 Jun 2014

INSAFKAH?

Abu Lahab mati seminggu selepas Ghazwah Badar, ditimpa penyakit "Adasah" macam taun.
Tiga hari tidak dapat ditanam sehingga busuk, kemudian keluarganya takut aib maka digali lubang dicampakkan ke dalamnya dengan kayu dan dilontar dengan batu untuk menimbusnya.

*Masih adakah orang yang tidak mengambil iktibar?!


Isnin, 4 November 2013

11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI MASJID @ SURAU



*"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu tersentuh sekali perkongsian kali ini Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;*

1- Rasulullah berpesan:
"Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman.  Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). "
 (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda:
 "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."
 (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda:
 "Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang."
(Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda:
 "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.
(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat."
 (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda:
"Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid."
 (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7- Rasulullah bersabda:
 "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat."
(Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik."
(Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda:
"Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan."
(Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang."
(Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman:
 "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)


sampaikan walau sepotong ayat,moga bermanfaat.

Selasa, 25 Jun 2013

HUKUM MENGGANTUNG KALIMAH ALLAH (اللَّهُ) & MUHAMMAD (مُحَمَّدٌ) DI DINDING


Pertanyaan :

“Adakah benar bahawa, tulisan lafdzhu al jalalah dan Muhammad itu tidak boleh digantung di dinding?”

Jawapan :

“Pertanyaan ini pernah ditanyakan kepada Syaikh Muhammad Al 'Utsaimin rohimahullah, kemudian beliau rohimahullah menjawab sebagai berikut,

"Hal itu bukan pada tempatnya, kerana menjadikan Nabi ﷺ sebagai tandingan dan setara dengan Allah ﷻ.

Seandainya seseorang melihat tulisan ini sedangkan dia tidak tahu tentang siapa keduanya (Allah dan Muhammad), maka dia yaqin seyaqin-yaqinnya bahawa keduanya setara dan serupa.

Dengan demikian, wajib menghilangkan nama Rosulullah ﷺ.

Meskipun demikian, berbaki juga pertanyaan tentang lafadzh اللَّهُ sahaja, bolehkah?

(Jawapannya adalah) disebabkan kata ini diucapkan oleh orang-orang Sufi dan menjadikannya pengganti dzikir, iaitu mereka mengatakan اللَّهُ ،اللَّهُ ،اللَّهُ, maka sebaiknya juga dilepas (daripada dinding).

Janganlah menulis اللَّهُ atau مُحَمَّدٌ di dinding mahupun di papan, atau di tempat lainnya."


[Fatawa Arkani Al Islam oleh Syaikh Muhammad bin Soleh Al 'Utsaimin, m/s 192]”

Sabtu, 22 Jun 2013

SEPUTAR AQIQAH


• Pengertian Aqiqah.
Menurut Syaikh Ibnu ‘Utsaimin, aqiqah yaitu sembelihan dengan niat mendekatkan diri kepada Allah dan sebagai ungkapan rasa syukur atas nikmat diberi anak yg dilakukan pada hari ketujuh dari kelahiran si bayi. Untuk bayi laki-laki 2 ekor kambing, sedangkan untuk bayi perempuan 1 ekor kambing.
• Hukum Aqiqah.
Para ulama berselisih pendapat tentang hukumnya. Sebagian ada yang mewajibkannya namun majoriti mengatakan sunnah.
a. Pihak yang Mewajibkan Aqiqah, antara lain:
Syaikh Abdul ‘Azhim Al Badawi Rahimahullah dalam kitab Al-Wajiiz menyatakan bahwa ‘aqiqah adalah suatu kewajiban atas orangtua.
Dari Salman bin Amir adh-Dhabby Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
“Saya pernah mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda,”Bersama seorang anak itu ada ‘aqiqahnya. Kerana itu alirkanlah darah untuknya dan singkirkanlah gangguan darinya.” (Shahih Ibnu Majah no:2562u Fathul Bari IX: 590 no 5472,‘Aunul Ma’bud VIII:41 no:2822u Tirmidzi III: 35 no:1551 dan Nasa’i VII:164)
b. Pihak yang Menyatakan Aqiqah itu Sunnah, antara lain:
– Syaikh Utsaimin Rahimahullah : ‘Aqiqah adalah sunnah muakkadah (sunnah yg amat dianjurkan). Bagi orang yg tidak mampu melakukannya maka gugur kewajiban (sunnah) ini darinya.
– Imam Ahmad Rahimahullah berkata ‘Aqiqah merupakan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau telah melakukannya untuk Hasan dan Hushain. Para sahabat beliau juga melakukannya. Dan Dari Hasan bin Samurah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,
“Semua anak yg lahir tergadaikan dengan ‘aqiqahnya.” (HR Abu Dawud, At Tirmidzi dan An Nasa’i).
Sehingga tidak patut, jika seorang bapa tidak melakukan ‘aqiqah untuk anaknya. (Al Muntaqa Min Fatawa Syaikh Shalih Fauzan (3/194)).
• Waktu Aqiqah.
Disunnahkan pada hari ketujuh dari kelahiran jika terlewatkan maka pada hari ke empat belas kemudian jika terlewatkan lagi maka hari ke duapuluh satu.
Dari Burairah dari Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda,”Kambing ‘aqiqah disembelih pada hari ketujuh atau ke 14 atau ke 21.” (Shahihul Jami’us Shaghir no: 4132 dan Baihaqi IX: 303).
Namun ada sebagian ulama di antaranya Syaikh Shalih Al Fauzan dan Syaikh Ibnu ‘Utsaimin berpendapat bolehnya melakukan ‘aqiqah selain waktu di atas tanpa batasan sehingga berdasarkan pendapat ini, maka orangtua yang belum mampu pada waktu-waktu tersebut dapat menundanya manakala sudah mampu.
• Jumlah Kambing.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu’anha, ia berkata,”Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam pernah menyuruh kami memotong aqiqah 2 ekor kambing untuk anak laki-laki dan sesekor kambing untuk anak perempuan.” (Shahih Ibnu Majah no:2561u Ibnu Majah II:1056 no:1163u Tirmidzi III:35 no:1549)
• Terdapat Keringanan.
Menurut Syaikh Ibnu Jibrin Rahimahullah bahwa disunnahkan untuk menyembelih 2 ekor kambing untuk anak laki-laki tapi jika tidak mampu maka insya Allah cukup dengan seekor kambing untuk anak laki-laki. Boleh juga dengan cara penyembelihan yang tidak bersamaan, misalnya yang seekor disembelih setelah 1 bulan, sementara yang seekor lagi setelah 2 bulan. (Aktsar min Alf Jawab lil Mar’ah)
• Bolehkah aqiqah seekor kambing jika tidak mampu untuk anak lelaki?
Ulama Syafi’iyah dan Hambali mengatakan bahwa disunnahkan berakikah untuk anak laki-laki dengan dua ekor kambing, sedangkan anak perempuan dengan satu ekor. Namun boleh juga mengakikahi dengan satu ekor kambing karena ada hadits Ibnu ‘Abbas yang menyebutkan demikian. Sedangkan ulama Hanafiyah dan Malikiyah berpendapat bahwa akikah untuk anak laki-laki dan perempuan itu sama yaitu dengan satu ekor, dan Ibnu ‘Umar pernah melakukan seperti itu. Lihat Al Mawsu’ah Al Fiqhiyyah, 30: 279-280.
Pendapat yang Lebih Kuat?
Pendapat yang rajih (lebih kuat) adalah masih bolehnya akikah dengan satu ekor kambing bagi anak laki-laki, namun disunnahkan tetap dengan dua ekor dan itu lebih utama.
• Jenis Kambing.
Para Ulama menyatakan bahwa kambing ‘aqiqah sama dengan kambing qurban dalam usia, jenis dan bebas dari aib dan cacat. Akan tetapi mereka tidak merinci tentang disyaratkan jantan/ betina. (Syaikh Utsaimin dalam Syarah Nadzmu Waraqatu hlm 89-90).
Dengan demikian sah bila seseorang menyembelih kambing betina dalam qurban dan ‘aqiqah, walaupun yang utama dan dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam ialah kambing jantan yang bertanduk. Wallahu a’lam
• Siapa yang Membiayai ‘Aqiqah ?.
Anak memang tanggung jawab orangtua, dengan begitu berarti ‘aqiqah seorang anak juga termasuk tanggungjawab orangtua. Namun boleh jika ‘aqiqah dibiayai oleh selain orangtua. Sebagaimana pendapat syaikh Ibnu Jibrin Rahimahullah, “Jika si anak di ‘aqiqahi oleh kakeknya atau saudaranya atau yang lainnya maka ini juga boleh. Tidak disyaratkan harus oleh ayahnya atau dibiayai sebagiannya.” (Aktsar min Alf Jawab lil Mar’ah)
• Aqiqah dibagikan kepada siapa saja?.
Menurut syaikh Ibnu Jibrin Rahimahullah: Disunnahkan untuk dimakan 1/3nya, dihadiahkan 1/3nya kepada sahabatnya (teman-teman orangtuanya) dan disedekahkan 1/3nya kepada kaum muslimin. Namun boleh juga mengundang teman-teman dan kerabat untuk menghidangkannya atau disedekahkan semuanya.( Aktsar min Alf Jawab lil Mar’ah)
• Apakah untuk Janin Prematang tetap diadakan ‘Aqiqah?.
Menurut syaikh Ibnu Utsaimin Rahimahullah: Bila janin terlahir setelah 4 bulan maka hukumnya sebagaimana bayi hidup maupun mati. Kerana jika telah sempurna 4 bulan roh telah ditiupkan. Jika terlahir setelah itu, maka dimandikan, dikafani, dishalatkan dan dikuburkan di pekuburan kaum muslimin, dinamai serta di’aqiqahi.

Jika terlahir sebelum ditiupkan roh (kandungannya berumur di bawah empat bulan, ed) maka menurut Al-Lajnah ad Da’imah adalah tidak ada ‘aqiqah baginya walaupun telah nampak sebagai laki-laki atau perempuan.

Sabtu, 15 Jun 2013

FAKTA TENTANG ASYAIRAH DAN MATURIDI YANG RAMAI TIDAK TAHU



Apa yg anda x tahu tentang asyairah maturidiyah..

1. Fahaman manhaj akidah Asyairah lahir di Baghdad manakala manhaj akidah Maturidi lahir di Samarkhand. Imam Hasan Asya'ri tidak pernah berjumpa dengan Imam Abu Mansur Maturidi dan begitulah sebaliknya.

2. Kedua-dua imam ini membawa satu konsep iaitu menentang fahaman Muktazilah.

3. Fahaman Sifat 20 bukan ajaran dari Mazhab Asyairah tulen atau mazhab Maturidi tulen.

4. Pengasas Mazhab 20 yang sebenarnya adalah Imam Sanusi dari Mesir, yang mencedok akidah Asyairah dan mencedok akidah Maturidi, dan menggabungkan dengan mengambil 13 konsep dari Asyairah serta 7 konsep dari Maturidi dan dijadikan sifat 20.

5. Asyairah dan Maturidi bersatu atas fahaman akidah yang sama, tapi bermusuhan dalam mazhab Fiqh, kerana Asyairah adalah Syafie manakala Maturidi adlaah Hanafi. Zaman itu, pertikaian Mazhab sangat kritikal.

6. Terdapat 70 perbezaan antara mazhab Asyairah dan Maturidi, namun tidak diperbesarkan.

7. Terasasnya fahaman Asyairah dan Maturidi hanya untuk membasmi fahaman Muktazilah, dengan menggunakan akal dalam menentang akal, bukan menjadi kewajipan semua umat Islam berpegang kepada manhaj ini. Manhaj rasmi akidah umat Islam adalah akidah salaf.

Hakikatnya terdapat banyak perbezaan antara aliran al-Asyari dan al-Maturidi.

No. 1
● al-Asyari terkenal dengan Asyairah berpendapat kehendak Allah Swt tidak terikat dengan apa pun.
● al-Maturidi terkenal dengan Maturidiah mengakui bahawa manusia mempunyai kebebasan kehendak.

No. 2
● Asyairah berpendapat Allah Swt yang Maha Berkuasa boleh menyalahi ancaman-Nya.
● Maturidiah berpendapat Allah Swt yang Maha Benar tidak boleh menyalahi ancaman-Nya.

No. 3
● Asyairah mengatakan bahagia atau celakanya pada kematian seseorang sudah ditentukan sejak azali.
● Maturidiah mengatakan bahagia atau celakanya seseorang adalah merupakan keadaan sekarang.

No. 4
● Asyairah menetapkan harus atau boleh untuk seseorang itu menyebut “Insya Allah saya mukmin”
● Maturidiah tidak boleh mengucapkan “Insya Allah saya mukmin”

No. 5
● Asyairah menegaskan bahawa Qadha kembali kepada sifat zat atau ianya Qadim (bukan baharu)
● Maturidiah mengatakan bahawa Qadha kembali kepada sifat perbuatan.

No. 6
● Asyairah menegaskan Qadar kembali kepada sifat perbuatan atau Jadid (baharu)
● Maturidiah menegaskan Qadar kembali kepada sifat Ilmu.

No. 7
● Asyairah menganggap para Nabi lebih mulia daripada para malaikat dan malaikat lebih mulia daripada manusia selain nabi.
● Maturidiah menganggap para Rasul dalam kalangan manusia lebih mulia daripada para Rasul dalam kalangan malaikat. Manakala para Rasul malaikat lebih mulia daripada manusia secara umum (selain rasul) dan para manusia selain rasul lebih mulia daripada malaikat secara umum.

No. 8
● Asyairah berpendapat taubat tidak akan diterima pada waktu ghargharah (saat nyawa dicabut) dan pintu taubat akan ditutup apabila matahari terbit pada arah Barat.
● Maturidiah berpendapat taubat orang kafir yang tidak diterima secara khusus tetapi taubat orang yang beriman yang melakukan maksiat masih dapat diterima.

No. 9
● Asyairah menetapkan sifat Maani ada tujuh.
● Maturidiah menambah satu lagi sifat Maani iaitu Takwin dan jumlah menjadi lapan.

No. 10
● Asyairah mengatakan sifat perbuatan (fi’il) Allah merupakan kejadian yang baharu.
● Maturidiah mengatakan sifat perbuatan (fi’il) Allah merupakan sifat yang Qadim (bukan baharu) dan berdiri dengan zat Allah.

No. 11
● Asyairah berpendapat wajibnya mengenali Allah (makrifatullah) melalui hukum Syarak dan disyaratkan juga penyertaan akal.

● Maturidiah mengatakan kewajipan mengenali Allah (makrifatullah) adalah dengan akal.