Al Insan: Doa dan Renungan buat Sahabat.

Khamis, 24 September 2015

Doa dan Renungan buat Sahabat.



Ya Allah...
Sempena Hari Arafah yg penuh dengan barakah dan keberkatan dlm berdoa ini kami menadah kedua tangan bagi memohon KeredhoanMu Ya Allah...                       
Ya الله , kami bermohon ke Hadrat-Mu, berilah Kekuatan, Taufik dan Hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami.
 
Ya Allah kami memohon kepada-Mu Ya الله , berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat.

Ya Allah murahkan rezeki kami dan berilah kami rezeki yang halal.

Ya Allah berilah kami anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab dan hajat yang tertunai.

Ya Allah berilah kesihatan yang berterusan,  keselamatan dan kesejahteraan di Dunia dan Akhirat.

Ya الله kami memohon kepada Engkau agar kami dijauhkan dari segala mala petaka yang mungkin akan menimpa kami dan orang-orang tersayang kami.

Ya الله kurniakanlah pada kami kejayaan dunia akhirat dan selamatkan kami dari Api Neraka.

Ya الله masukkanlah kami dan keluarga kami dalam golongan orang-orang yang Beriman.

Ya الله , kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati.

Ya الله izinkan kami mengucapkan Dua Kalimah Syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir kami.

Ya الله , satukan kami dalam Syurga Firdaus Mu dengan orang-orang yang kami sayangi semata-mata kerana Mu Ya الله .

Ya الله selamatkan kami daripada kejahatan dan kemungkaran.

Ya الله terimalah Amalan Baik kami dan tingkatkan Pahala dan Rahmat Mu untuk kami.

Ya الله Ampunkan Dosa-dosa kami dengan sepenuhnya dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari perhitungan nanti.

Ya الله kurniakan kepada kami, ibu bapa kami,  keluarga dan anak-anak isteri kami bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

Ya الله , masukkan kami dalam golongan  orang yang Engkau lindingi, mendapat Pengampunan Mu dan mendapat Naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

Ya الله janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami keatas keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

Ya الله tingkatkanlah kecintaan kami kepada Mu dan kepada Nabi Mu Muhammad SAW.

Ya الله , tingkatkanlah usaha kami dan penuhilah usia kami dengan kerja-kerja Sadakatul Jariah kami.

Ya الله, berkati hidup kami dengan kesihatan yang baik, agar kami dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga ke akhir hayat kami.

Ya الله selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

Ya الله selamatkan kami semua dari Kufur, Putus Asa, Salah laku dan Syirik.
Ya الله tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.

Ya الله berkatilah kehidupan kami di Dunia dan di Akhirat dan masukkan kami ke dalam Syurga Mu. َ
َ
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di SyurgaMu
Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghoffar ampunkanlah Dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian Muslimin Muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
🔻Kisah benar tentang Qurban Idul Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati² yang tidak berapa lembut ini..

Kisah seorang anak & ibunya yang sudah tua & uzur bersama seorang pedagang binatang Qurban..

Alkisah diceritakan oleh seorang pedagang binatang qurban tentang pengalamannya:

Suatu hari seorang ibu di usia awal 40an datang perhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

“Silakan ibu…”,
Lalu ibu tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ya..kalau yang itu berapa Pak?”.

“Yang itu RM700 ibu,”
Jawab saya ringkas.
“Berapa Harga terendah?”,
Tanya kembali si ibu.

“RM600, harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…

“Tapi, wang saya cuma ada RM500 saja,
boleh Pak?”, pintanya.
Aduh.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman & saya pun bersetuju walaupun tidak untung..

Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada ibu tersebut.

Saya pun menghantar kambing Qurban tersebut sampai ke rumahnya.
Sebaik sahaja tiba di rumahnya, lalu saya terkejut.

Astaghfirullah……
Allahu Akbar…
Terasa menggigil seluruh Muhasabah kerana melihatkan keadaan rumah ibu itu yang sangat uzur.

Rupa²nya ibu itu hanya tinggal bertiga dengan ibunya & anak lelakinya yang masih kecil di rumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun ada tilam, kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik.

Dilihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar & bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik & terhalang dari pandangan.

Di atas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak..
Tengok ni, saya bawakan apa di rumah ini?”, kata ibu itu pada seorang nenek yang tidur & akhirnya terbangun.

“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk dibuat Qurban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya mak….”, kata ibu itu dengan wajah penuh keceriaan & puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berQurban”.

“Ini Pak, wangnya, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha kumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….”, kata ibu tadi.

Kaki ini bergetar..
Hati terasa sebak..
Dada terasa sesak..
Sambil menahan titisan air mata, saya berdoa..

“Ya Allah…,
Ampuni dosa hambaMU ini,..Aku malu berhadapan dengan hambaMU yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya imannya. Ibu ini begitu luar biasa”.

“Pak... ini ada sedikit wang upah kerana menghantar kambing ini ke rumah…”, panggil ibu itu,”
Saya tidak melihatnya & tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..

"Sudah ibu, biarkan kos hantar saya yang bayar" dengan wajah yang malu & sayu.

Saya cepat² pergi sebelum ibu itu tersedar yang mata ini sudah berair kerana tidak sanggup mendapat teguran dari ALLAH yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan & menggembirakan orang tuanya..
Masyaallah..
Allahu Akbar..

Untuk menjadi mulia ternyata...tidak perlukan harta berlimpah & berjuta².

Tidak juga perlu punyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Tun..tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, Menteri, Ketua Pengarah atau pun Mufti..tidak juga perlu punya kuasa mutlak & pengaruh yang dibeli dengan wang ringgit...

Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari si ibu tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.

Berapa ramai di antara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan..., namun masih ada sahaja keengganan & pelbagai halangan untuk berkorban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah...

Kalau pun bukan harta dan wang ringgit,  Sekurang²nya masa & tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..

Ramai dari kita termasuk saya.. masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung.. masih khuatir simpanan akan berkurangan & habis di berikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli hp mahal, jam tangan & beg berjenama, atau pelbagai  aksesoris yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan dgn harga seekor haiwan Qurban atau pun sebahagian 1/7 darinya.

Kenapa kita rasa sprti tidak mampu, atau masih lagi suka tangguhkan melakukan perkara² & kerja² kebajikan & amal soleh.?

Hakikat sebenarnya..
Kita mampu... kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..Kita mampu melanggani Astro, Mio, Singtel atau Starhub, kita mampu melancong ke dalam & luar negara.. Kita mampu makan makanan yang mahal² di restoran & hotel yang mewah.

Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah & ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu Qurban....

Namun sering kita sembunyi di sebalik kata "TIDAK MAMPU"  ini. Terimalah hakikat & kenyataan ini..



#Gambar waktu kecik di Depo FRU Johor

Tiada ulasan: