Ramai di antara kita mengunakan dream cather sebagai perhiasan untuk di gantung. Asalnya orang asli Amerika percaya bahawa udara pada malam hari dipenuhi dengan mimpi-mimpi sama ada mimpi baik atau mimpi buruk. Oleh itu mereka menggantungkan azimat dreamcatcher bilik tidur mereka. Perkara ini adalah haram di ikuti oleh orang yang beragama islam kerana mengikuti budaya dan kepercayaan orang kafir dan sekarang corak dreamcatcher di masukkan pula di atas tudung dan baju.
Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka.”
(HR Abu Daud, no. 4031)
Bagaimana kalau ianya hanya sekadar hiasan di dalam kereta atau corak pada inai dan tudung?
Tetap hukumnya HARAM. Walaupun niatnya hanya sekadar suka-suka, namun niat tidak menghalalkan cara. Kerana ukiran DREAM CATCHER tersebut melambangkan kepercayaan agama lain yang boleh merosakkan akidah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Bukan termasuk golongan kami sesiapa saja yang menyerupai selain kami.”
(HR. Tirmidzi no. 2695. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).
Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, niscaya Allah akan memberi ganti padamu dengan yang lebih baik.”
(HR. Ahmad 5: 363. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih.)
Wallahu a’lam bish showab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan