“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. (Sunan Ad-Darimi, no. 229)
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. (Sahih Bukhari, no. 1625, no. 6551, Sahih Muslim, no. 2137, Sunan Abu Daud, no. 1628, Sunan At-Tirmidzi, no. 3012, hasan sahih, Sunan Ibnu Majah, no. 3046, no. 3065, Sunan Ad-Darimi, no. 1778, Musnad Ahmad, no. 19492, no. 19512, no. 19594, no. 19774)
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. (Musnad Ahmad, no. 19774)
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. (Belum ditemui)
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. (Sahih Muslim, no. 2137, Sunan Abu Daud, no. 1628, Sunan At-Tirmidzi, no. 3012, hasan sahih, Sunan Ibnu Majah, no. 3046, no. 3065, Sunan Ad-Darimi, no. 1778, Musnad Ahmad, no. 19774)
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. (Sunan Ibnu Majah, no. 3046, Musnad Ahmad, no. 19774)
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. (Sahih Muslim, no. 2137, Sunan Abu Daud, no. 1628, Sunan At-Tirmidzi, no. 3012, hasan sahih, Sunan Ibnu Majah, no. 3065, Sunan Ad-Darimi, no. 1778, Musnad Ahmad, no. 19774)
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. (Musnad Ahmad, no. 21140, no. 21228)
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Belum ditemui dalam hadis, namun ada dalil sepertinya dalam Surah Ali-Imran ayat 97)
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. (Sunan At-Tirmidzi, no. 3012, hasan sahih)
Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Takwa dan beramal soleh. (Sahih Muslim, no. 4383, namun tidak dinyatakan dalam dalam khutbah)
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. (Sunan At-Tirmidzi, no. 3012, hasan sahih)
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. (Sahih Bukhari, no. 1625, no. 6551, Musnad Ahmad, no. 19492, no. 19512, no. 19594, no. 19774)
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku (Sahih Muslim, no. 4343, namun tidak dinyatakan dalam dalam khutbah)
dan tidak akan lahir agama baru. (Belum ditemui)
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. (Sahih Bukhari, no. 1625, no. 6551, Sunan Ibnu Majah, no. 3046, Musnad Ahmad, no. 19492, no. 19512, no. 19594, no. 19774)
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. (Sahih Muslim, no. 2137, Sunan Abu Daud, no. 1628, Sunan Ibnu Majah, no. 3065, Sunan Ad-Darimi, no. 1778)
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. (Sahih Bukhari, no. 1625, no. 6551, Musnad Ahmad, no. 19492, no. 19512, no. 19594, 19774)
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.” (Sahih Muslim, no. 2137, Sunan Abu Daud, no. 1628, Sunan Ibnu Majah, no. 3046, no. 3065, Sunan Ad-Darimi, no. 1778)
Allah Taala berfirman: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Aku cukupkan kepada kalian nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagi kalian.” (Surah Al-Maidah ayat 3). Umar bin Al-Khattab berkata: “Saya tahu hari dan di mana tempat diturunkannya ayat tersebut kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu pada hari Jumaat ketika beliau shallallahu ‘alaihi wasallam berada di Arafah.” (Sahih Bukhari, no. 43, Sahih Muslim, no. 5334)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan