Al Insan: Makna Islam

Khamis, 4 Jun 2009

Makna Islam

AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH karya PROF. AHMAD IZZUDIN AL-BAYANUNI.

Pengertian Islam
Bahasa Arab: menyerah diri & menurut perintah sepenuhnya

Syarak : bersaksi bhw tiada ilah (Tuhan) melainkan ALLAH, Muhammad SAW adalah pesuruh ALLAH, mendirikan sembahyang, mengeluarkn zakat , bpuasa dlm buln Ramadhan & mengerjakan haji ke Baitullah al-Haram bg sesiapa yg bkemampuan melakuknnya.

Firman ALLAH SWT:
"...krn Tuhan kamu semua ialah Tuhan yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-NYA; dan sampaikanlah berita gembira wahai Muhammad kepada orang-orang yang tunduk taat."
(Surah Al-Haj: 34)

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-NYA, sebelum kamu didatangi azab kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."
(Surah al-Zumar: 54)

"Oleh sebab itu jika mereka berhujah menyangkal dan membantahmu wahai Muhammad, maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada ALLAH SWT dan demikian juga orang-orang yang mengikutiku". Dan bertanyalah wahai Muhammad kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberi Kitab, dan orang-orang yang Ummi orang-orang musyrik Arab: "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut agama Islam yang aku bawa itu?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk dan jika mereka berpaling tidak mahu menerima Islam, maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan dakwah Islam itu. Dan ingatlah ALLAH SWT sentiasa melihat tingkah laku sekalian hamba-NYA. "
(Surah ali-Imran: 20)

"Sesungguhnya agama yang besar dan diredhai di sisi ALLAH SWT ialah Islam."
(Surah ali-Imran: 19)

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada Hari Akhirat kelak daripada orang-orang yang rugi"
(Surah ali-Imran: 85)

Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Islam itu terbina di atas lima perkara: bersaksi bahawa tiada ilah melainkan ALLAH SWT dan Muhammad itu pesuruh ALLAH, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Allah yang membuatkan untuk kamu malam, untuk berehat padanya, dan siang, untuk melihat. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (berterima kasih)."
Al-Quran-40:61

"Kemudian Kami memaafkan kamu setelah itu, supaya kamu bersyukur (berterima kasih)." Al-Quran-2:52

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

keduanya mungkin nampak sama, kelihatan seiras. namun hakikatnya, ianya berbeza. bangga biasanya berkaitan dgn menunjuk2. jarang ada org yg berbangga, tetapi tak menunjuk2. misalnya; "kereta aku laju beb!"... sambil menunjuk kat ferari yg baru dibeli. & rasanya tak pernah kita dengar, contohnya mcm ini, "kereta aku laju la!"... sambil menuding jari kat garaj yg tertutup rapat, kelibat kereta pun tak nampak. rasanya x pernah! kalau ada rasa bangga, mesti nak menunjuk. & kalo menunjuk2 ni, istilah Islamnya adalah riya'.

satu hadith nabi yg para ulama mentafsirkan ia merujuk kpd sifat riya' (menunjuk2):
Rasullah s.a.w bersabda: "Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah…."
Riwayat: Abu Hurairah r.a

Tiada ulasan: