Al Insan: HADIS BERSIN DAN CARA AMAL

Khamis, 27 Jun 2019

HADIS BERSIN DAN CARA AMAL


Dari Abu Musa Al Asy’ari radhiallahu anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah ﷺ  bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu sekalian bersin dan memuji Allah (mengucapkan “Alhamdulillah”), maka doakanlah dia (dengan mengucapkan “Yarhamukallah”).  Dan apabila dia tidak memuji Allah, maka janganlah kamu mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam hadis yg lain

Dalam riwayat Abu Hurairah radhiallahu anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ  bersabda :

“Jika salah seorang dari kamu bersin, hendaklah ia mengucapkan ‘Alhamdulillah’ (Segala puji bagi Allah)’ dan saudaranya atau orang yang bersamanya mengatakan kepadanya ‘Yarhamukallah’ (Semoga Allah merahmatimu)’. Jika salah seorang mengucapkan ‘Yarhamukallah’, maka orang yang bersin tersebut hendaklah menjawab ‘Yahdiikumullah Wayushlih Baalakum’  (Semoga Allah سبحانه وتعالى memberikanmu petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).”
(Hadis Riwayat Imam Bukhari r.a.)

Telah menceritakan kepada kami Humaid bin Mas'adah telah menceritakan kepada kami Ziyad bin Rabi' telah menceritakan kepada kami Hadlrami bekas budak Al Jarud, dari Nafi', bahwa seseorang bersin di sisi Ibnu Umar lalu dia mengucapkan "ALHAMDULILLAAH WASSALAAMU 'ALAA RASUULILLAAH (segala puji bagi Allah dan keselamatan atas Rasulullah)."
Ibnu Umar menjawab; lalu aku berkata; "ALHAMDULILLAAH WASSALAAMU 'ALAA RASUULILLAAH (segala puji bagi Allah dan keselamatan atas Rasulullah)?, bukan demikian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajarkan kepada kami, beliau mengajarkan kepada kami supaya mengucapkan; "ALHAMDULILLAAH 'ALA KULLI HAAL (segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun)."
Abu Isa berkata; Hadits ini gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadits Ziyad bin Ar Rabi'.

Kata Al Imam Al Nawawi dalam Al Azkar:
فصل: إذا قال العاطس لفظاً آخر غير الحمد لله لم يستحق التشميت
Apabila orang yang bersin mengucapkan lafaz lain selain dari Alhamdulillah tidak berhak di doakan oleh orang yang mendengarnya.

Kata Al Imam Ibn Al Qayyim:
لا تستحب الصلاة على النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ عند العطاس وإنما هو موضع حمد الله تعالى وحده ,ولم يشرع النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ عند العطاس إلا حمد الله تعالى ,والصلاة على رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ,وان كانت من أفضل الأعمال ,وأحبها إلى الله تعالى فلكل ذكر موطن يخصه لا يقوم غيره مقامه فيه ,
قالوا :ولهذا لا تشرع الصلاة عليه في الركوع , ولا السجود ,ولا قيام الاعتدال من الركوع
Tidak disunatkan selawat atas nabi s.a.w ketika bersin, sesungguhnya tempat itu ialah tempat memuji Allah taala sahaja. Tidak disyariatkan oleh Nabi s.a.w selepas bersin melainkan hamdalah. Walaupun selawat itu merupakam amalan yang terbaik dan disukai kepada Allah...sebab itu sewaktu rukuk, sujud dan i'tidal tidak disyariatkan selawat kepada nabi.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam majmuk al fatawa:
إن من المقرر عند العلماء أنه لا يجوز التقرب إلى الله بما لم يشرعه الله, ولو كان أصله مشروعا كالأذان مثلا لصلاة العيدين, وكالصلاة التي تسمى بصلاة الرغائب, وكالصلاة على النبي صلى الله عليه و سلم عند العطاس , ومن البائع عند عرضه بضاعته للزبون - ونحو ذلك كثير وكثير جدا - من محدثات الأمور التي يسميها الإمام الشاطبي ـ رحمه الله ـ ب" البدع الإضافية " وحقق في كتابه العظيم حقا " الاعتصام " دخولها في عموم قوله ـ صلى الله عليه وسلم ـ: " كل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار

Antara perkara yang dipersetujui ulamak tidak boleh mendekatkan diri kepada Allah dengan sesuatu yang tidak disyariatkan walaupun asalnya disyariatkan seperti azan untuk solat hari raya, seperti solat raghaib, seperti Selawat selepas bersin...

Tiada ulasan: