Al Insan: POLITIK KOTOR

Isnin, 5 November 2012

POLITIK KOTOR


Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah
Kata Orang politik itu kotor .Busuk dan Jijik.

Itulah tanggapan pertama setiap kali kedengaran perkataan POLITIK di mana-mana. 
Politik. Atau dalam bahasa lainnya adalah siasah, merupakan antara skop yang berada dalam lingkungan agama Islam itu sendiri. Zaman Rasulullah sendiri, baginda meluaskan pemerintahan baginda dengan pelbagai cara dan kaedah. Peperangan, penaklukan dan sebagainya. Dan dengan perluasan talukan
 baginda, dapatlah negara-negara di bawah pentadbiran baginda ditadbir dan dibentuk dengan acuan Islam yang sebenar. Justeru, tidakkah mereka yang menganggap politik itu kotor, jijik lagi menjijikkan itu sebenarnya telah mengutuk apa yang telah baginda Rasulullah s.a.w sendiri lakukan pada zaman pemerintahan baginda dahulu? Saya tak layak beri jawapan, entum orang sendiri boleh mikir. Apa pentingnya politik ini? Dengan kuasa pentadbiran yang dimiliki oleh pihak kerajaan (buat masa sekarang) membolehkan mereka mencorakkan negara kita Malaysia dengan bancuhan mereka sendiri. Sama ada acuan yang telah Islam sediakan mahupun sebaliknya. Alhamdulillah, kini saya tidak memandang politik itu umpama najis yang busuk, jijik lagi memualkan. Kerana apa? Kerana saya kini memahami betapa penting dan besarnya impak pemilihan pemimpin yang akan mentadbir negara kita dengan politik itu sendiri. Tapi dapat kita saksikan, selain dari mereka yang punya puak atau parti pilihan masing-masing, sebenarnya terdapat juga golongan atau kelompok yang lebih memilih untuk berdiri di tengah-tengah. Dan mereka ini tanpa sedar turut memberi kesan besar terhadap corak pemerintahan negara. Pernah seseorang melontarkan persoalan, "Buat apa nak undi, bukannya tau pun pihak mana yang benar-benar baik atau jahat." Baginya lebih baik mendiamkan diri daripada tersalah membuat pilihan. Benarkah begitu? Tidak bagi saya. Bagi saya ia merupakan amanah besar yang tertunggak di bahu kita supaya memilih antara dua. Kerana sekurangnya-kurangnya kita berusaha untuk memilih yang terbaik antara semua. Tersalah pilih, atau tersilap perkiraan, itu soal kedua. Yang penting niat dan usaha itu ada. Nabi Muhamad juga berpolitik pada zaman baginda. dan Rasullulah juga pernah bersabda "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin(politik), maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani)

Tiada ulasan: