Al Insan: Kenapa ALLAH mengunakan Perkataan KAMI bagi merujuk kepadaNYA?

Rabu, 17 Oktober 2012

Kenapa ALLAH mengunakan Perkataan KAMI bagi merujuk kepadaNYA?


Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding pula, dan Kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat (Yasin 36;9).
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.(Al-Hijjr 15;9)
Allah dalam memperkenalkan dirinya kadangkala menggunakan perkataan KAMI dan kadangkala menggunakan perkataan AKU, tapi pada hakikatnya adalah sama.

Plural atau jamak di dalam bahasa Arab mempunyai dua makna iaitu menunjukkan bilangan dan keagungan. Jadi penggunaan Kami dalam ayat al-Quran oleh Allah SWTmerujuk kepada Keagungan Allah.

Perkataan KAMI digunakan bagi menunjukkan BESAR, HEBAT dan AGUNG. Kalau mahu buat perbandingan adalah seperti raja-raja, sesetengahnya menggunakan perkataan "Beta" dan kadangkala "Kami" dan jarang menyebut "Saya".

Perkataan "Kami" di sini tidak beerti ramai, cuma boleh juga difahamkan bahawa Allah menyebut begitu bagi pihak pemerintahanNya yang Maha Hebat dan Agung. Sememangnya Allah layak menyebut perkataan itu kerana pemerintahannya memang hebat dan Allah memang layak berbangga dan bersikap seumpama itu. BAgi kita manusia biasa tidak layaklah bersikap begitu kerana kita adalah hambaNya yang lemah.

Wasalam

Tiada ulasan: