11 mei Selamat Hari Ibu....Mungkin hari ini masih ramai yang masih mempunyai ibu dan ada yang tiada..Bagi mereka yang masih mempunyai ibu jagalah orang yang melahirkan kita ini dengan sebaiknya...ada yang memanggil Ibu dan Emak atau apa sahaja gelarannya yang melahirkan kita ini mempunyai jasa kepada kita dengan memdidik,membelai dan memanjakan kita...Kasih ibu kepada kita memang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Saya sentiasa ingat pepatah Melayu, syurga itu dibawah kaki ibu, jadi jangan sekali-kali menderhaka, menyakiti hati mahupun menjatuhkan air matanya. Bagi saya, pincanglah masa depan seseorang anak itu kalau mereka menderhaka kepada kedua orang tua. Tak berkat rezeki yang kita dapat jika membelakangkan ibu sendiri.
Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Oleh itu nasihat saya berilah kasih sayang kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu...dan semperna hari ibu ini saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu khasnya ibu saya Hjh Noorazizah Bte Zainolabidin semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera..
Jadi marilah kita bersama merenungkan kata kata ini:-
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat ridho dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu."
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Atha' berkata: "Nabi Musa a.s. berdoa: "Ya Tuhan, pesanlah kepadaku." Firman Allah s.w.t.: "Aku wasiat supaya tetap dengan Aku." Nabi Musa a.s. berkata lagi: "Ya Tuhan, pesanlah kepadaku." Firman Allah s.w.t.: "Aku pesan kepadamu, taatlah kepada ibumu." Kemudian berkata Nabi Musa a.s. lagi: "Ya Tuhan, pesanlah kepadaku." Jawab Allah s.w.t.: Aku pesan supaya taat kepada ibumu." Musa a.s. berkata: "Wasiat kepadaku." Allah s.w.t. berfirman: Aku wasiat kepadamu, taatlah kepada ayahmu."
Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: "Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, kedua-duanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Didalam melayani keduanya harus berjihad."
Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk juhad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.
INGATLAH AKAN KU BERITAHUKAN KEPADA KAMU DOSA-DOSA YANG PALING BESAR (DIULANG-ULANG HINGGA TIGA KALI) IAITU MENYENKUTUKAN ALLAH DAN MENYAKITI KEDUA IBU BAPA.
(MAKSUD HADIS)
"ADA TIGA MACAM ORANG YANG DIHARAMKAN OLEH ALLAH S.W.T. MASUK SYURGA IAITU: PEMINUM KHAMAR (ARAK), ORANG YANG MENYAKITI KEDUA IBU BAPA, DAN ORANG YANG MENGIZINKAN KELUARGANYA MELACUR."
(MAKSUD HADIS)
"HINDARILAH DIRI KAMU DARIPADA PERBUATAN MENYAKITI KEDUA IBU BAPA. SESUNGGUHNYA BAU SYURGA DAPAT TERCIUM JARAK PERJALANAN SERIBU TAHUN, DAN TIDAK AKAN DAPAT MENCIUMNYA (MEMASUKI SYURGA) ORANG YANG MENYAKITI KEPADA IBU BAPANYA; DAN ORANG YANG MEMUTUSKAN SILATURRAHIM, DAN IBU BAPA YANG BERZINA, DAN ORANG YANG MENURUNKAN KAINNYA (HINGGA TERSERET DI ATAS TANAH) KERANA SOMBONG, KERANA SESUNGGUHNYA SIFAT SOMBONG ITU HANYALAH MILIK ALLAH S.W.T. SAJA."
(MAKSUD HADIS)
Wasalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan