فَأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاء الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاء تَأْوِيلِهِ
“Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang.Orang-orang yang mempunyai
kesesatan di hati mereka akan menurut sesuatu yang mengeliru dengan tujuan menimbulkan fitnah dan dengan tujuan menyelewengkan pentafsirannya”.
(Ali-Imran—Ayat 7)
RAMAI daripada masyarakat kita pada hari ini menghadapi krisis yang hebat terhadap agama. Apakah agama merupakan salah satu dan kenyataan-kenyataan hidup? Seandainya agama pernah merupakan satu kenyataan hidup di masa yang lampau, adakah ia masih tetap merupakan kenyataan hidup di zaman moden ini, di mana sains telah mengubahkan seluruh bidang hidup dan di mana tiada tempat lagi untuk sesuatu yang lain melainkan sains dan hakikat-hakikat yang diakui sains saja.
Apakah agama merupakan satu keperluan umat manusia? Atau agama hanya merupakan satu kecenderungan peribadi semata-mata dengan erti siapa suka boleh beragama dan siapa tidak suka boleh jadi bertuhan saja kerana kedua-dua pendirian itu sama saja?
Kaum bijak pandai itu juga menghadapi krisis yang sama apabila mereka berdepan dengan
agama Islam. Muballigh-muballigh Islam selalu mengatakan kepada orang ramai bahwa agama Islam adalah satu agama yang unik. Islam bukan semata-mata sistem kepercayaan bukan semata-mata sistem untuk meluhurkan jiwa dan mengasuh manusia dengan perangai-perangai yang baik, malah di samping itu semua, Islam adalah satu sistem ekonomi yang adil, satu sistem sosial yang seimbang, satu kumpulan undang-undang civil, undang-undang jinayah dan undang-undang antarabangsa. Islam satu pimpinan fikiran dan satu didikan jasmani dan seluruhnya di dasarkan di atas kepercayaan, pembimbingan akhlak dan pembersihan jiwa.Justru kerana itu apabila kaum bijak pandai dan para pemimpin kita menyeru agar kita menepikan saja agama atau memisahkan agarna dan pentadbiran sosial, politik dan ekonomi negara, maka sebetulnya mereka telah mengimpotkan fikiran-fikiran yang telah disediakan oleh orang orang Eropah dan mengulangi seperti burung kakak tua apa yang diucapkan oleh orang-orang Eropah.Apakah sebab yang telah mendorong golongan bijak pandai Islam itu bertindak memisahkan agama? bertindak mencaci, dan menyalah-nyalahkan agama tanpa pengertian dan pengajian, malah serupa dengan lolongan-lolongan orang yang sakit?
Sebab tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana mereka telah termakan racun penjajah tanpa disedari oleh mereka.Dan itu kepada golongan anak-anak muda dan mereka yang jujur dan suka berfikir inilah saya ingin berkongsi dan saya harap semuga Allah memberi taufiq kepada saya dalam usaha-usaha kita untuk menghapuskan kekeliruan-kekeliruan yang berceracak di tengah jalan mereka meñuju kebenaran.....
Firman Allah “Katakanlah kepada mereka adakah ibubapa kamu, anak kamu, saudarasaudara
kamu, suami-suami dan isteri-isteri kamu dan keluarga kamu, adakah harta-harta
kekayaan yang kamu miliki dan perniagaan yang kamu bimbangkan kerugiannya dan rumahrumah kediaman yang disukai kamu itu lebih dicintai oleh kamu dan Allah, dan RasulNya dan dan perjuangan untuk jalanNya? Jika demikian maka tunggulah hingga Allah memberi keputusanNya dan sesungguhnya Allah itu tidak memberi hidayah kepada kaum yang fasik.”
– Surah Attaubah.
Dalam ayat ini Allah meletakkan seluruh keinginan kepada kenikmatan-kenikmatan di
satu daun neraca dan meletakkan pula pada satu daun neraca yang lain kecintaan kepada Allah
yang melambangkan seluruh perasaan kasih sayang, kecintaan kepada kebajikan dan
kebenaran, kesediaan berjuang untuk jalan Allah dan untuk seluruh prinsip-prinsip yang
luhur. Allah mahukan kecintaan kepadaNya harus melebihi kecintaan kepada keinginan
keinginan yang lain sebagai satu syarat iman yang sebenar.
“Sesiapa yang tidak memerintah mengikut undangundang yang diturun oleh Allah, mereka adalah orang orang yang tidak beriman”,
- (Surah al-Maidah (44)
dan firmanNya lagi. “Demi TuhanMu mereka belum lagi beriman dengan sebenar-benarnya melainkan apabila mereka sanggup berhakimkan engkau untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku di antara mereka dan kemudian mereka tidak pula merasa apa-apa perasaan terkilan terhadap keputusan-keputusan yang telah diberikan Engkau. Malah mereka menenima dengan penuh kerelaan.”
-(Surah al-Ra’d (17)
Apabila negeri itu diperintah menurut hukum-hukum Islam, maka tiada tempat lagi
bagi pemerintah yang zalim di negeri Islam, kerana Islam tidak mahu menerima pemerintah yang zalim. Dan tiada seorang pun yang dibenar memerintah menurut undang-undang dan fikirannya. Malah ia harus memerintah menurut undang Allah dan RasulNya yang sentiasa adil dan bertimbang rasa. Apabila negeri-negeri itu diperintah menurut hukum Islam, maka ini bererti seluruh generasi mudanya harus terdidik dengan semangat Islam, harus percaya dengan ajaran dan harus sanggup berjuang untuk kepentingan agama Allah Apabila keadaan yang seperti ini wujud di negeri-negeri itu, maka tidak ada pilihan lagi bagi pemerintah melainkan menjalankan undang-undang Allah. Jika tidak rakyat jelata sama sekali tidak wajib memberi ketaatan kepada mereka. Demikian juga pemerintah Islam itu tidak mempunyai hak-hak istimewa yang melebihi hak-hak rakyat jelata yang lain dalam segi undang-undang dan kewangan negara. Mereka juga tidak boleh memegang kuasa pemerintahan melainkan dengan pilihan rakyat. laitu satu pilihanraya yang bebas dan segala ikatan. satu pilihan raya yang menitikberatkan padá sifat-sifat bijaksana. adil dan bertimbangrasa.
Betapa perlunya kita umat Muslimin hari ini kepada Islam, betapa perlunya kita berdiri di bawah panji-panjinya untuk membersihkan tanahair kita dan noda-noda penjajahan, untuk membebaskan jiwa kita, kekayaan kita, kehormatan kita, akidah akidah kita dan fikiran-fikiran kita dan cengkaman-cengkamannya yang jelik agar kita benar-benar layak menggunakan nama Allah yang kita sembah dan benar-benar layak menjadi pemeluk agama Nya yang telah diperkenankanNya untuk menjadi agama kita pada hari Ia berkata,
” Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu, Aku telah menggenapkan nikmatKu dan Aku telah memperkenankan Islam menjadi agama kamu.”,
-(Surah Al-Maidah : 3)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan