Al Insan: 2010-08-01

Rabu, 4 Ogos 2010

Tadarus Al-Quran


terkandung beribu kebaikan. Tidak heran pada bulan ini semua umat Islam berlomba-lomba mencari kebaikan, termasuk tadarus (membaca) Alquran. Pada malam hari Ramadlan, masjid-masjid semarak dengan bacaan Al-Qur’an secara silih berganti. Tidak jarang, bacaan tersebut disambungkan pada pengeras suara. Semua itu dilakukan dengan satu harapan: berkah Ramadlan yang telah dijanjikan Allah SWT.

Bagaimana hukum melakukan tadarus tersebut ?

Pada bulan Ramadhan, pahala amal kebaikan akan dilipatgandakan oleh Allah SWT. Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang memeriahkan bulan Ramadlan dengan ibadah/qiyamu ramadhan; (dan dilakukan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka akan diampuni segala dosanya yang telah lalu”. (Shahih Bukhari, h.1870)

Al-Shan’ani dalam kitabnya Subulus Salam menjelaskan, qiyam ramadhan (dalam hadist diatas) adalah mengisi dan memeriahkan malam Ramadlan dengan melakukan shalat dan membaca Al-Qur’an. (Subulus Salam Juz II, h. 173)

Membaca Al-Quran pada malam hari di bulan Ramadhan sangat dianjurkan oleh agama. Kemudian bagaimana jika membaca Al-Quran secara bersama-sama, yang satu membaca dan yang lain menyimak yang dibaca?

Syaikh Nawawi Al-Bantani menjawab, termasuk membaca Al-Quran adalah mudarasah, yang sering disebut dengan idarah. Yakni seseorang membaca pada orang lain. Kemudian orang lain itu membaca pada dirinya. Yang seperti itu tetap sunah.” (Nihayah al-Zain, 194-195)

Dapat disimpulkan bahwa tadarus Al-Quran yang dilakukan di masjid-masjid pada bulan Ramadhan tidak bertentangan dengan agama dan merupakan perbuatan yang sangat baik, karena sesuai dengan tuntunan Rasul. Jika dirasa perlu menggunakan pengeras suara agar menambah syiar Islam, maka hendaklah diupayakan sesuai dengan keperluan dan jangan sampai menganggu pada lingkungannya.


Ada orang yang memandang serong kepada mereka yang tidak menunaikan solat tarawih di masjid atau tidak bertadarus Al-Quran pada bulan Ramadhan. Ada pula yang menyuruh orang lain untuk menghidupkan pertengahan malam (qiyamullail) sepanjang bulan Ramadhan. Adakah ini sikap yang patut kita tunjukkan dalam situasi umat ini ‘sakit’ dan ‘pening’ tentang awlawiyyat?

Bagi saya (wallahu a’lam), umat hari ini perlu diberikan penekanan tentang perkara yang wajib melebihi perkara yang sunat. Kita perlu memastikan mereka tidak meninggalkan mana-mana perintah Allah SWT yang diwajibkan seperti solat lima waktu dan puasa Ramadhan. Itu lebih utama sebelum kita berbicara tentang perkara-perkara sunat di bulan Ramadhan.

Cara kita berdakwah dan mengajak orang ramai ke arah Islam perlu dipelbagaikan mengikut kumpulan sasaran. Memang kita akan mengajak golongan yang telah berpencen dan tidak ada aktiviti untuk datang ke masjid dan menunaikan solat tarawih berjemaah. Tapi, bagi mereka yang berkerja dan pekerjaan mereka melewati waktu sehingga malam, adakah sesuai bagi kita membangkitkan isu solat sunat? Seeloknya kita persoalkan, adakah mereka menunaikan solat fardhu? Begitu juga sebaiknya kita persoalkan adakah mereka menunaikan puasa dengan sempurna? Begitu juga sekiranya kumpulan sasaran kita ialah orang-orang yang baru sahaja bertaubat dan meninggalkan amalan maksiat. Apakah sesuai kita beratkan mereka dengan amalan-amalan sunat sehingga mereka merasai satu kejutan berubah daripada hidup yang lalai kepada hidup yang terlalu padat?

Kalau dilihat daripada sudut lain pula, misalnya bentuk solat yang sempurna rukun dan syaratnya seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Kita dapati ramai dalam kalangan masyarakat kita yang melakukan kesilapan-kesilapan tertentu dalam solat sehingga solat mereka tidak sah. Adakah kepada golongan sebegini juga kita akan bangkitkan soal mereka malas menunaikan solat sunat? Apa yang perlu ialah kita bangkitkan isu solat sebagaimana Rasulullah SAW solat dan juga mengingatkan mereka tentang perkara-perkara yang membatalkan solat. Itu lebih utama atau lebih aula.

Begitu juga puasa yang dituntut oleh Allah SWT mempunyai rukun dan syarat yang telah ditetapkan. Elok sangatlah kalau kita mengajar umat ini tentang puasa yang sebenar sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW. Umat ini amat berhajat kepada ilmu yang jelas dalam menunaikan ibadah seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Itu lebih aula daripada mempersoalkan kenapa mereka tidak menunaikan perkara yang sunat atau digalakkan.

Bagi yang ingin masyarakat bertadarus Al-Quran, mungkin lebih elok kalau kita tumpukan perhatian kepada mengajar masyarakat membaca Al-Quran dengan lebih baik sama ada sebutan huruf, tajwid atau pun melagukan Al-Quran dengan baik. Lebih baik kalau tadarus itu benar-benar dimanfaatkan untuk membetulkan bacaan, bukan sekadar terlalu laju kerana ingin menghabiskan 30 juzuk. Perkara ini sama seperti isu membaca Yasin di malam Jumaat. Seeloknya kita fahami isi kandungan surah Yasin dan bukan sekadar membacanya sahaja.

Saya di sini bukanlah ingin mempertahankan sikap malas di kalangan masyarakat kita. Saya hanya ingin menasihatkan para pendakwah sama ada secara rasmi atau tidak, agar mereka memperhatikan apakah tajuk yang perlu dibangkitkan di hadapan kumpulan sasaran mereka. Jangan salah dalam memilih keutamaan atau awlawiyyat sehingga kita menampakkan kepada masyarakat seolah-olah kita ini hanya mementingkan mereka melakukan amalan sunat melebihi amalan fardhu. Atau pun kita menampakkan kepada mereka sikap pendakwah yang kasar atau tidak menghargai amalan yang telah dilakukan oleh masyarakat. Kita mesti mencontohi corak dakwah Rasulullah SAW yang bermula dengan perkara wajib sebelum perkara sunat. Ini jelas seperti sebuah hadith riwayat Imam Muslim tentang seorang arab kampung yang datang membuat pengakuan bahawa dia tidak mahu menunaikan solat sunat atau puasa sunat dan apa juga perkara sunat. Dia hanya ingin menunaikan perkara yang wajib sahaja.

Maka Rasulullah SAW memberikan respon yang perlu sentiasa diingati oleh para pendakwah : ‘dia akan masuk syurga sekiranya pengakuannya benar’ (al-Bukhari, no.1891 dan Muslim, no.110).

Imam Bukhari rahimahullah telah meriwayatkan sebuah hadits bahwa Rasulullah SAW di setiap bulan Ramadlan melakukan tadarus al-Qur’an bersama dengan Malaikat Jibril. Di satu riwayat, Rasulullah SAW yang membaca al-Qur’an dan Jibril yang menyimak bacaannya. Sedangkan pada riwayat yang lain, Malaikat Jibril yang membaca dan Rasulullah SAW yang menyimak bacaannya. Jadi, kebiasaan atau tradisi tadarus al-Qur’an di bulan Ramadlan itu memang ada contohnya dari Rasulullah SAW. Demikian pula para shahabat radliyallohu ‘anhum tentu saja mereka mengikuti apa saja yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Bahkan kebiasaan tadarus al-Qur’an ini dilakukan oleh para shahabat bukan hanya di bulan Ramadlan,akan tetapi sepanjang tahun. Umumnya para shahabat mengkhatamkan al-Qur’an satu pekan sekali, seperti Utsman bin Affan dan Abdurrahman bin Auf radliyallohu ‘anhuma. Bahkan Abdullah bin ‘Amr bin ‘ash radliyallohu ‘anhuma biasa mengkhatamkan al-Qur’an 3 hari sekali. Imam Nawawi rahimahullah menyarankan agar setiap muslim bisa mengkhatamkan al-Qur’an sebulan sekali. Atau, kalau dirasa masih juga berat, ya semampunya saja…yang penting jangan berlalu satu hari pun kecuali kita membaca al-Qur’an, walau hanya beberapa ayat

semoga kiata mendapat fadilat dengan kedatangan ramadan ini
Wallahu a’lam.