Al Insan: 2010-04-25

Khamis, 29 April 2010

PERBEZAAN ANTARA JIN & SYAITAN



Jin dan syaitan kedua-duanya dijadikan oleh Allah daripada api. Firman Allah:
Maksudnya: “Dan Kami jadikan jin sebelum Adam daripada api yang paling panas (lidah api)”
“Dan jin pula, kami jadikan dia sebelum itu dari agin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma” (Surah al-Hijr: ayat 27)
Syaitan adalah berasal daripada jin. Allah berfirman:Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.”(Surah al-Kahfi: ayat 50)

JENIS-JENIS SYAITAN
1) Syaitan anak cucu iblis
2) Syaitan daripada jin. (Maknanya jin yang sudah jadi jahat dan jadi iblis)
3) Syaitan daripada manusia.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (Surah al-An’am: ayat 112)

Kejadian Jin ada 3 jenis
Banyak hadith-hadith nabi yang menyebut tentang jenis-jenis kejadian jin. Salah satu hadith menyebutkan:
“Allah jadikan jin itu 3 bentuk seperti anak adam, seperti binatang dan seperti angin diruang udara yang luas”.
Yang berupa manusia itu bermacam-macam jenisnya. Begitu juga ilmu, kekuatan dan kebolehan mereka juga berbeza-beza.
Antara jin yang kuat seperti disebutkan dalam al-Quran ialah “ifrit”. Firman Allah:
Maksudnya: “Berkata `Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: "Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya".
(Surah al-Naml: ayat 39)
Jin dan iblis itu sebenarnya tidak tahu yang ghaib. Seperti yang berlaku jin-jin nabi Allah sulaiman (a.s.) tidak tahu nabi Sulaiman telah meninggal dunia (wafat) sehinggalah tongkatnya reput dimakan anai-anai. Firman Allah:
Maksudnya: “Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan.”
(Surah Saba: ayat 14)

Sebahagian daripada jin itu setengahnya bodoh, lebih bodoh daripada manusia. Contohnya:
1) Jin dihambakan oleh manusa dengan pelbagai suruhan
Jin ditipu oleh manusia, contohnya: Jin disuruh menunggu tumbuhnya sesuatu benda yang mustahil akan tumbuh, misalnya, batu atay kacang hijau atau bijian yang telah digoreng.
Tolong menolong antara jiin dan manusia memang berlaku. Tetapi tolong menolong itu dilarang oleh Allah s.w.t. Allah berfirman:
“Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia", lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”(Surah al-An’am: ayat 128)
Syaitan menjadi musuh manusia, begitu juga jin-jin yang jahat. Tetapi permusuhan mereka dengan cara persahatan. Disebut di dalam al-Quran; “Tazzyin”, yang salah diperlihatkan betul dan yang buruk diperlihatkan cantik, yang baik diperlihatakan buruk atau jahat dan sebagainya.
Dalam al-Quran semua manusia Allah jadikan mangsa tipu-daya iblis, kecuali orang-orang yang ikhlas.
Mereka yang bersahabat dengan jin dan iblis sebenarnya telah tertipu dan terpedaya.
CARA SYAITAN DAN JIN MENGUASAI DAN MENIPU MANUSIA
1. Dari luar badan, peringkat permulaan.
2. Masuk ke dalam tubuh badan melalui saluran darah dan urat-urat yang besar. Peringkat serius.
Mereka yang dimasuki oleh syaitan atau jin adakala seperti sedar seperti biasa. Adakalanya sampai peringkat tidak sedar. Yang tidak sedar dalam al-Quran di sebut “Majnun” orang terkena jin. Nabi bersabda:

Bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berlari-lari di dalam pembuluh darah anak Adam”.

Berbagai ilmu tipu daya syaitan melalui berbagai ilmu dan amalan yang salah tetapi diperlihatkan oleh iblis dan jin-jin yang jahat seperti benar, misalnya: Menggunakan ayat al-Quran, nama-nama walil, ulamak, nama pahlawan-pahlawan (Tok Janggut, Hang Tuah, dan lain-lain), nama ahli-ahli tasawuf (Sheikh Abdul Qadir Jailani), nabi-nabi dan Rasul-rasul (nabi Khidir dan lain-lain).
Menerusi berbagai ilmu ini, maka orang yang terlibat itu akan mempmemperolehi kebolehan luar biasa seolah-olah seperti karamah walau pun sebenarnya bukan karamah, tetapi tipu daya jin.

PANDUAN PENTING UNTUK MEMBEZAKAN KARAMAH DENGAN PERBUATAN JIN DAN IBLIS

1 KARAMAH. Merupakan kurnia Allah, pertolongan Allah, tidak dapat dirancang, tidak disangka-sangka atau boleh diprogramkan. Tetapi perbuatan iblis dan syaitan boleh dirancang, dan diprogramkan.
2. Karamah berlaku sekali-sekala dalam hidup seseorang itu hanya mungkin beberapa kali tetapi perbuatan iblis dan jin sentiasa boleh berlaku pada bila-bila masa yang dikehendaki. Contohnya, sentiasa kasyaf, sentiasa kebal, sentiasa kuat dan sebagainya.

Jin boleh masuk ke tubuh kita dengan 5 sebab:
1. Saka atau keturunan.
2. Ilmu salah yang dituntut atau diamalkan.
3. Disihir orang
4. Masuk sendiri kerana disukai jin atau dimarahi.
5. Selalu berdekat atau berubat dengan pawang, bomoh atau suka berdukun dengan orang yang mempunyai atau bersahabat dengan jin.

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIRESAPI OLEH JIN DALAM TUBUHNYA.
Perasaan dan sifatnya:
1. Marah
2. Murung
3. Putus asa
4. Susah nak tidur
5. Cakap tak betiul.
6. Sentiasa berfikir yang bukan-bukan.
7. Malas

Tanda-tanda fizikal pada tubuh.
1. Panas
2. Sebahagian panas atau sejuk
3. Bila dipegang sakit.
4. Pandangan mata kabur atau tidak terang/jelas
5. Anggota menggeletar
6. Anggota menjadi berat atau kakuPening kepala.
7. Bengkak pada sebahagian anggota tertentu.
8. Bengkak pada sebahagian anggota tertentu.
9. Keras pada bahagian tertentu.
10. Urat-urat tegang.
11. Makan tidak selera atau makan terlalu banyak.
12. Sendi-sendi sakit.
13. Rasa nak muntah.
14. Pening /migrain
15. Terdengar bisikan atau nampak-nampak benda ghaib.

CARA PENCEGAHAN
Daripada dihampiri oleh iblis, syaitan dan jin, Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung”.(Surah al-Anfaal: ayat 45)

Amalan-amalan lain dijaga, dipelihara dan ditingkatkan. Antara amalan-amalan tersebut ialah:
1. Memperbanyakkan sembahyang.
2. Memperbanyakkan berdoa.
3. Memperbanyakkan membaca al-Quran.
4. Sentiasa membersihkan badan.

PENGUBATAN ATAU RAWATAN
Berdasarkan pengalaman dengan 5 cara akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit pening kepala, migran, sakit perut seperti gastrik atau ulcer, goud, buasir, berbagai penyakit mata, pendengaran, kudis dan pelbagai penyakit kulit, busung, barah, lumpuh, stroke, lemah jantung, darah tinggi, terlalu gemuk atau kurus, lemah-lemah sendi-sendi atau badan, was-was. I.Q. lemah, kuat tidur, tak boleh tidur, ketagihan, membunuh, mengamuk, menangis, selalu demam, takut sejuk dan lain-lain lagi.
Rawatan yang digunakan, sebaik-baiknya ikut kaedah Rasulullah (s.a.w.) dan setengah ulamak-ulamak Islam.
Sebahagian rawatan atau kaedah nabi ialah Nabi Muhammad (s.a.w.) memukul atau menepuk orang sakit dirasuk jin dengan menggunakan tangan ke bahagian-bahagian badan tertentu. Nabi juga menggunakan serbannya memukul kepada orang yang dirasuk jin.
Ulamak Islam yang ada yang menggunakan tongkat dengan memukul pesakit yang dirasuk jin iaity Ibnu Tamiyyah, Imam Ahmad Hanbal menggunakan terompah kayu untuk mengubati pesakit dirasuki jin